Template by:
Free Blog Templates

18 May 2011

Dasar








UMNO harus kekal sebagai Parti memerintah di Negara ini bagi menjamin masa depan Orang Melayu.

Mahu tidak mahu orang melayu harus merapatkan perpaduan dan menggelakan perpeahan jika kuasa poliitk masih mahu dikekalkan ditangan mereka.

Saya berkata demikian dalam Ucapan Dasar sebagai Ketua UMNO di Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Larut yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Selama (MDS) di Taman Merdeka, tenghari tadi.

Mesyuarat yang dihadiri seramai 538 orang perwakilan dari 97 cawangan itu diresmikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang juga Menteri Dalam Negeri.

Kuasa Politik Orang Melayu akan terhakis jika mereka memilih untuk berbalah dan lebih mementingkan agenda politik peribadi.

Kuasa orang melayu terletak di tangan UMNO dan ini penting agar hak dan keistemewaan orang melayu Bumiputera tidak akan terancam dan dipertikaikan.

Hak keistemewaan ini penting bagi menjamin pencapain orang melayu dalam bidang Ekomnomi tercapai mengikut hasrat dan cita-cita yang dirancangkan.

0 comments: