Template by:
Free Blog Templates

23 May 2011

Kebersihan dan Bumi HIjau










Jawatankuasa dan Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) digesa agar sentiasa mendamping masyarakat serta mendengar masalah mereka, terutama golongan yang miskin yang memerlukan bantuan segera.

Kebajikan golongan ini perlu diatasi segera agar tidak menjejaskan pelajaran anak-anak merek disebabkan masalah kesmiskinan.

Saya berkata demikian di majlis penyampaian hadiah pertandingan kebersihan dan kempen bumi hijau peringkat RTBK di Dewan Orang ramai di situ, petang tadi.

JKKK adalah agen penting Kerajaan dan mereka harus pro aktif dalam melaksanakan tanggungjawab dan menyelesaikan masalah rakyat.

JKKK juga harus mempunyai pengkalan data mengenai kedudukan penduduk di Kampung mereka, mulai sekarang.

Megenai kempen kebersihan dan Bumi Hijau, rakyat adalah digalakan untuk sama-sama menyertainya agar mereka dapat hidup dalam keadaan perekitaran yang baik dan juga tidak bergantung selama-lamanya kepada barangan impot.

Sebanyak 34 buah rumah di RTBK mengambil bahagiana dalam pertandiangan tersebut yang dihakimi oleh Ketua-Ketua Kampung berdekatan.

Dalama pertandiangan itu, Ramli bin Khalid muncul Johan manakala Naib Johan ialah Muslimin bin Mat Piah dan ketiga Isa bin Selamun

Turut hadir ialah Penghulu Mukim Selama, Mohamad Redzuan bin Baharuddin , Guru Besar Sekolah Rendah Kebangsaan RTBK, Raja Zainal Hafiz bin Raja Adnan, Wakil Pejabat Pertanian Selama, Nordin bin Uzir dan Ketua Kampung, Ismail Hashim.

0 comments: