12 May 2011
Ulangtahun UMNO
Ulangtahun UMNO yang ke 65 turut disambut oleh UMNO Bahagian Larut di mana malam tadi telah diadakan majalis bacaan yassin dan tahlil di beberapa Mesjid di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah, Selama dan Batu Kurau.
Satu majlis memotong kek turut juga di adakan di perkarangan Bangunan UMNO Batu Kurau yang dihadir lebih 100 orang ahli termasuk Veteran dan bekas Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Mohd Ali Mohd Isa.
Dalam ucapan ringkas, Selaku Ketua UMNO Bahagian Larut saya mengingatkan hanya tinggal UMNO satu-satunya parti yang paling lama memrintah di rantau ini, setelah beberapa parti seperti Kongres di India, Golkar di Indonesia dan LDP di Jepun gagal berbuat demikian.
Begitupun, selepas Tsunami melanda Pilihanraya Umum (PRU) yang ke 12, mengakibat beberapa Negeri yang pernah diperintah oleh Barisan Nasional jatuh ke tangan Pembangkang, maka ahli-ahli UMNO harus menjadikannya sebagai iktibar untuk menghadapi PRU yang ke 13.
UMNO semakin kuat dan diterima oleh rakyat selepas bertukar kepimpinan kepada Presiden, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga Perdana Menteri yang menjadikan 1 Malaysia dimana rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.
UMNO di Perak harus kembalikan semula semangat untuk memenanggi kesemua 34 kerusi yang mereka wakili. Pada PRU yang lalu, mereka gagal di tujuh kerusi.
Perpaduan merupakan asas penting yang harus diberikan perhatian dan keutamaan bagi menjamin UMNO kuat untuk menghadapi PRU yang akan datang.
Tempuh sebelas bulan sudah cukup mengajar BN ketika Perak diperintah oleh Pakantan Pembangkang.
Sempena dengan sambutan ulangtahun tersebut, semua 97 cawangan di Bahgagian Larut telah mengebar Bendera UMNO dengan megahnya.
Majalis bacaan yasin dan tahlil di beberap Mesjid juga akan diadakan pada 12 Mei mengikut DUN yang telah ditetapkan.
HIDUP UMNO, HIDUP MELAYU.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment