3 May 2011
Kanak-Kanak optisma
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosman Mansur berkata,Kanak-Kanak optisma juga memiliki kemahiran dan bakat mereka harus ditingkatkan.
Di barat ada dikalangan mereka menjadi penyanyi terkenal seluiruh dunia dan ramai peminat. Begitu juga di Negara ini, apa kurangnnya kebolehan yang dimiliki oleh golongan ini.
Jika ada di kalangan mereka berminat dalam bidang muzik, galakan terus mereka untuk menjadi seorang yang hebat.
Datin Seri Rosman yang juga Yang Dipertua Bakti berkata demikian ketika berucap di majlis pelancaran kempen intervensi awal mencegah berlakunya kecacatan kanak-kanak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Stadium Indera Mulia di Ipoh, pagi tadi.
Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Isteri, Datin Seri Sharifah Zulkifli.
Datin Seri Rosmah berkata, bakat mereka ini harus digilap kerana ia boleh menadi satu punca pendapatan masa depan mereka.
Begitupun, semuanya ini hanya akan terjadi jika mendapat komitmen dari semua pihak. Ibubapa pula jangan merasa merendah diri, tetapi ia adalah fitrah daripada Allah S.W.T kepada mereka.
Semua itu ada hikmah dan barangkali berkat kesabaran mendidikan anak-anak terseut ada ganjaran dikemudian hari.
Beliau mengucapkan Terima Kasih keranaProgram itu mnendapat sokongan dan bantuan daripada Menteri Besar Perak Khasnya dan Kerajaan Negeri.
Perdana Menteri pula dalam ucapan peresmian berkata golongan kanak optisma ini berpotensi menjadi insan yang berproduktif jika diberikan tumpuan sepenuhnya.
Kerajaan pimpinannya dalam bajet tahun 2011 menyediakan peruntukan termasuk memberikan bantuan pengurusan kepada semua PDK di seluruh Negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment