Template by:
Free Blog Templates

7 May 2011

KEMAS







Masyarakat luarbandar beruntung kerana adanya perkhidmat Agensi Kerajaan seperti KEMAS yang dapat menghubunggkan mereka dengan Kerajaan.

Aktiviti KEMAS mampu mengeratkan hubungan kemeseraan yang sedia terjaling, sambil menjelaskan Dasar-Dasar Kerajaan.

Lebjh penting, KEMAS telah berjaya mencetuskan semangat perpaduan kaum di luarbandar serta mampu membina sebuah masyarakat yang mampu bersama-sama menjayakan program pembangunan.

Saya berkata demikian ketika meresmikan Sukan tahunan TABIKA KEMAS gabungan lapan Kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kurau 2011 di padang Kampung Bukit Bertam, pagi tadi.

Turut hadir Pegawai KEMAS Daerah Larut, Matang dan Selama, Faridah binti Sailan, Ketua Pergerakan Wanaita UMNO Bahagian Larut, Sawipah binti Yahya dan Penyelia KEMAS Parlimen Larut, Nordin Abu Hassan.

Dalam pada itu, Saya juga meningatkan Pegawai dan Kakitangan KEMAS Yang dilantik agar menjalankan tugas dan amanah mereka sebagaimana yang telah diberikan.

Mereka juga diingatkan janganlah menjadikan jawatan mereka itu sebagai platform untuk mencai kepentingan diri dan lebih bahaya lagi jika tindakan mereka itu boleh menyebabkan berlakunya perpecahan.

Mereka boleh berpolitik, tetapi janganlah hingga mengabaikan tanggungjawab dan tugas penting yang telah mereka diberikan kepercayaan untuk melaksanakannya.

Sebagai Jentera Kerajaan adalah menjadi tanggungjawab mereka sebagai agen yang mengutamakan perpaduan.

Pelbagai jenis sukan diadakan termasuk untuk kanak-kanak dan orang dewasa sempena dengan sukan tersebut.

0 comments: