Template by:
Free Blog Templates

25 May 2011

Audit-Pemantuan



Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) hari ini menegur Jabatan dan Agensi Kerajaan yang gagal membuat pemantuan keatas perlaksanaan projek dibawah pentadbiran dan pengurusan mereka.

Disebabkan itu, projek yang dilaksanakan itu membaitkan kos yang meningkat dan juga kelewatan ia dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Teguran itu dibuat ekoran beberapa pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dipanggil pada Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar di Pejabat PAC di Bangunan SUK di Ipoh.

Agensi Kerajaan yang tidak mempunyai kepakaran teknikal juga disarankan agar membuat perlantikan bagi membolehkan mereka membuat pemantauan keatas perlaksanaan projek dengan betul.

Masalah pembaziran ekibat tiadanya perancangan didapti menjadi punca kepada pembaziran sesuatu projek.

PAC juga membuat teguran terdapat bahagian penguatkuasa sesabuah Jabatan dan Agensi Kerajaan, tetapi ia hanya bagaikan melepas batuk ditangga.

PAC akan mengadakan beberapa lawatan mengejut keatas Jabatan dan Agensi yang telah dikenalpasti tidak lama lagi.

0 comments: