Template by:
Free Blog Templates

16 May 2011

Dermasiswa




Walaupun hujan turun agak lebat, teapi tidak menghalang Saya Ke Kampung Sungai Ara dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah untuk menerima borang permohonan bagi mendapatkan dermasiswa Yayasan Perak dari dua orang Pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Tinggi.

Pelajar berkenaan ialah Amiratul Sahida binti Aznam, 18 tahun dari Kampung Kelian Chenie yang berjaya melanjutkan pelajaran UITAM Sri Iskandar dalam jurusan diploma pengurusan hartanah.

Seorang lagi, Nurul Syafirah Binti Abdul Wahab, 18 juga dari Kampung Sungai Ara tahun yang melanjutkan pelajaran Ke UITAM Sri Iskandar dalam Diploma Sains komputer.

Turut sama dalam perjumpaan ringkas yang diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Sungai Ara itu ialah Ketua Kampung, Haji Mohd Halil Abdullah.

Setakat ini ramai pelajar dari DUN Kubu Gajah yang telah menerima dermasiswa berkenaan yang dikeluarkan sepanjang tahun sebaik menerima permohonan dari peajar yang diterima masuk ke IPTA.

0 comments: