19 May 2011
Audit
Sultan Perak bertitah Jabatan Audit penting bagi mempastikan pengrusuan dan pentadbiran kewangan yang cekap dan terbaik demi menjaga kepenitangan rakyat dan Negara.
Baginda berharap agar sebarang kepincangan dapat diperbetulkan dari awal dan pendedahan Jabatan Audit harus dilihat sebagai satu tanggungjawab yang wajar dilakukan.
Jabatan Audit juga dinasihatkan agar tidak terperangkap dengan keadaan kemeseraan hingga menjejaskan tugas dan tanggungjawab mereka.
Baginda betitah demikian di majlis perasmsian Wisma Jabatan Audit Negeri Perak di Meru Raya, dekat Jalapang, Ipoh, pagi tadi.
Turut berangkat ialah Raja Di Hilir Perak, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Ketua Audit Negara, Tan Sri Hai Ambrin Buang dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Negeri, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin dan Pengarah Audit Perak, Datin Seri Shamsiah Haji Daud.
Perkara perbekalan yang boleh meragut nyawa manusia tidak harus dilihat sebagai perkara ringan.Justeru ia tidak boleh dikompromi.
Jabatan Audit tidak seharusnya takut kehilangan jawatan dalam tindakan yang mereka ambil demi menjaga pengurusan kewangan Kerajaan yang cekap.
Tindakan yang tegas adalah untuk menjaga kepentingan awam dan semua pihak wajar memberikan kerjasama.
Jabatan Audit juga harus dilihat sebagai kawan dan bukan musuh dan jangan ada yang berfikiran negatif.
Sambil menasihatkan semua Jabatan dan Agensi Kerajaan mencapai KPI dan empat bintang, Barangkali kerana ketegasan Jabatan Audit jugalah kutipan kutipan hasil meningkat semua.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kaidr menegur perbuatan pembaziran yang merugikan wang rakyat dan meminta semua Jabatan dan Agensi Kerajaan diPerak mengamalkan sistem kewangan yang terbaik dan bijak..
Beliau memuji Pejabatan Kewangan Negeri Kerana mencapai empat Bintang seperti yang diiktirafkan PAC semenjak tahun 2008.
Dr Zambry berharap semua Jabatan dan Agensi menerima segala teguran Jabatan Audit itu dengan baik demi menjaga nama baik Kerajaan.
Ketua Audit Negara, Tan Sri Haji Ambrin bin Buang berkata, Jabatan Audit Perak adalah yang pertama mempunyai Bangunan sendiri.
Banguna berharga RM 12 juta yang siap pada tahun 2009 itu akan meningkatkan lagi prestasi Jabatan Audit.
Sebelum ini Mereka menyewa di bangunan yang terletak di jalan Panglima Bukit Gantang Wahab.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment