Template by:
Free Blog Templates

1 May 2011

Kepimpinan





Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W adalah contoh kepiminan terbaik untuk diikuti dan diamalkan dalam masyarakat yang maju, cemerlang dan berjaya.

Pelajar-Pelajar yang hebat dan bermoral adalah mereka yang mencontohi ciri-ciri kepimpinan sebagaimana dimilikki oleh Rasullulah.

Baginda begitu hebat dan mulia dalam konteks bermasyarakat hingga bersedia berdamai dan memaafkan musuh yang pernah mengganggunya.

Saya berkata demikian di majlis perasmian penutup kursus kepimpinan anjuran Sekolah Model Khas Redang Panjang yang diadakan selama tiga hari di Teratak Afina dekat Anak Kurau, tenghari tadi.

kursus yang dihadiri seramai 33 orang pengawas itu turut dihadiri Pengetua Sekolah, Rosiah binti Rosalan, Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), Nor Azman bin Mokhtar dan Ustaz Ahmad Nurul Helmi bin Adnan.

Dalam memperjuang dan menegakan agama Islam, baginda bukan melihatkan contoh kepimpinan yang tinggi dalam peperangan.

Saya juga menegaskan, Fisikal dan Mental yang kuat juga menjadi faktor utama kepada pelajar yang ingin berjaya dan kearah itu tidak jalan pintas, melainkan mereka harus bekerja kuat dan mendalami ilmu setiap masa.

Mereka juga harus mengenepikan sikap bahawa belajar di Sekolah yang bukan berasrama penuh tidak boleh mencapai kejayaan kerana yang menentukan mereka berjaya ialah diri sendiri.

0 comments: