Template by:
Free Blog Templates

18 May 2011

Peladang Muda




Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Kurau akan meminta kesemua 22 unit peladangnya mengenal pasti tanah-tanah terbiar di kawasan mereka bagi dimajukan.

PPK mahu menjadikan setiap unit peladang dibawah naungan mereka proaktif dalam meningkatkan hasil usaha selaras dengan kempen bumi hijau.

Keptuusan itu diantara perkar yang telah dibincangkan di Mesyuarat Lembaga Pengarah PPK yang Saya pengerusikan di Bangunan PPK di Batu Kurau, pagi tadi.

Selain itu, Kumpulan Peladang Nita Pantai Besar telah ditubukan dengan keahilan awal seramai 25 orang manakala unit Repuh akan diwujudkan tidak lama lagi.

Sementara itj, pada 2 Jun ini akan diadakan kursus kepada ahli muda Peladang dengan membabitkan kseemua 22 unit Peladang diminta menghantar lima orang peserta.

Pegawai Petanian Daerah Larut, Matang dan Selama akan dijemput untuk memberi ceramah megnenai bidang pertanian dan ternakan.

Pameran mengenai produk tempatan hasil peladang juga akan diadakan sempena kursus sehari itu yang bertujuan menggalakan lagi penyertaan di kalangan anak-anak muda.

0 comments: