Template by:
Free Blog Templates

21 May 2011

Dewan terbiar








Saya kecewa bila melihat Dewan Serbaguna di padang Bola Sepak Kampung Mesjid, Ijok terbiar dan tidak terurus dengan baik.

Dewan itu dibina melalui peruntukan yang Saya minta daripada Kementerian Peruahan dan Kerajaan Tempatan ketika menjadi Ahli Parlimen Larut selepas rayuan daripada penduduk dan UMNO Cawangan Kamung Mesjid itu sendiri.

Ia adalah untuk kemudahan penduduk menggunakannya bagi tujuan sukan dalam dewan dan juga untuk aktiviti lain seperti majlis keramaian.

Lebih daripada 200,000 diperolehi bagi tujuan tersebut, tetapi amat mendukacitakan bila melihat sendiri keadaan Dewan tersebut, dimana cermin tgingkat habis pecah dan pintu bangunan itu juga tidak ditutup.

Saya bimbang jika Dewan itu dibiarkan terbuka, ia berkemungkinan akan digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab termasuk penagih dadah.

Saya hairan bila tiada kemudahan, penduduk membuat desakan, tetapi bila sudah memilkkinya mereka tidak pula mahu bertanggungjawab menjaganya.

Saya berharap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung bertindak segera untuk menjaga Dewan tersebut termasuk kebersihannya.

Turut sama dalam lawatan ke Dewan tersebut ialah dua orang Ahli Majlis Daerah Selama (MDS), Mohamed Abdullah dan Abdul Rani Saman.

0 comments: