Kekuatan UMNO tidak harus dinilai dengan jumlah kehadiran yang ramai semata-mata tetapi bilangan mereka yang mengundi.
Justeru pastikan mereka yang hadir dalam setiap program anjuran UMNO pastikan adalah pengundi.
Saya berkata demikian ketika berucap merasmikan karnival sembilan cawangan UMNO di kampung Sempenih Seberang, tengah hari tadi.
Kira-kira 500 orang peserta mengambil bahagian dalam karnival termasuk pertandingan memasak dan gubahan.
Sementara itu, JKKK disarankan agar pro aktif sentiasa turun padang menyelesaikan masalah rakyat.
JKKK diminta mengenalpasti tanah-tanah terbiar di tempat mereka agar sesuatu program boleh dijalankan.
Mereka juga diminta mengenal pasti tanah risab milik Kerajaan yang boleh dipohon bagi disunakan oleh orang ramai.
JKKK juga diminta mengenal pasti hak milik tanah orang ramai yang belum selesai.
0 comments:
Post a Comment