Template by:
Free Blog Templates

2 May 2011

Sepak takraw









Pergerakan Pemuda UMNO harus berani dant idak bertolak ansur dalam memperjuang dan mempertahan hak dan kepentingan agama dan keistemewaan orang melayu.

Mereka harus melihat kembali bagaimana perjuangan Pemuda di zaman ia mula diassaskan hingga ia begitu digerun dan dihormati oleh semua pihak.

Pada ketika zaman itu, perjuangan Pemuda bagaikan berpatah arang berkerat rotan dan pantang berundur, malah bersifat membujur lalu, melintang patah.

Saya berkata demikian ketika meresmikan pertandingan Sepak Takraw peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah anjuran Pemuda UMNO Bahagian bersama Pusat Khidmat DUN di FELDA, Ijok, pagi tadi.

Dalam soal bangsa dan hak istemewa Orang-Orang Melayu, Pemuda harus berani ke hadapan tanpa merasa takut kerana itu adalah perjuangan utama UMNO.

Begitupun, kaum lain tidak harus gusar dan bimbang kerana perjuangan UMNO tidak samasekali menjejaskan masa depan mereka.

Pasukan Akedemi Sepak Takraw Batu Kurau (ASTAB) muncul juara dalam pertandiangan tersebut manakala naib johan ialah ASTAB B. Bagi tempat ketiga pula ialah Taman Merdeka, Selama.

Turut hadir ialah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Larut, Annuar Ariffin dan Ketua Kampung FELDA, Ijok, Haji Shulur Haji Jaman.

0 comments: