Template by:
Free Blog Templates

23 May 2011

Skim Perlindungan



Menyampaikan bayaran Skim Program Perlindungan Takaful Tabaruk Kerajaan Negeri Perak kepada Penerima ialah Aziz bin Yusoff, 55 tahun waris kepada Allahyarhamah Ramlah binti Awang, seorang warga emas yang meninggal dunia pada usia 75 tahun. Penerima menerima skim insuran berjumlah RM 2000.

Allahyarham tinggal di Sungai Terap dan majlis penyampaian itu diadakan di Dewan Orang Ramai Rancangan Tanah Belia Khas (RTBK) Pondok Tanjung, petang tadi yang turut disaksikan oaleh Penghulu Mukim Selama, Mohamad Ridzuan bin Baharuddin.

Program Skim Perlindungan Takaful Tabaruk ini diumumkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pada pembentangan Bajet 2010 yang lalu, adalah satu skim insurans berjumlah RM4 juta yang disediakan untuk golongan warga emas, ibu dan bapa tunggal, golongan miskin dan orang kurang upaya.


Aziz bin Yusoff sungguh terharu menerima sumbangan ini dan memuji kerajaan Negeri Perak terutama kepada Menteri Besarnya kerana sentiasa menunaikan janji-janji dan sangat perihatan terhadap masaalah-masaalah rakyat terutama sekali terhadap golongan warga emas dan miskin.

Beliau juga mengatakan, wang yang diterima ini akan digunakan sebahagiannya untuk mengadakan kenduri doa selamat untuk arwah.

0 comments: