Template by:
Free Blog Templates

16 May 2011

UPSI








Lebih ramai Pelajar Universiti dan Pusat Pengajian Tinggi diminta memperbanyakan program turun ke padang dan mendamping masyarakat.

Pendekatan itu, bukan sahaja mampu mengeratkan hubungan pelajar dengan penduduk luarbandar, teapi juga menyedarkan mereka betapa pentingnya peranan mereka dalam membentuk masyarakat yang maju.

Saya berkata demikian ketika berucap di majlis penutup program Baktisiwa "Kami Perihatin Masyarakat Penyayang" anjuran Koleh Za'aba, Universiti Pendidian Sultan Idris (UPSI) bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Sekolah Kebangsaan Kampung Perak, Batu Kurau.

Turut hadir ialah Penasihat Projek, Mohd Fairus bin Misdi dan Pengarah projek Siti Noorani binti Mohd Hashim.

Lebih 70 orang Mahasiswa dari UPSI terlibat dalam projek yang diadakan selama empat hari itu.

Saya juga berharap selepas tamat program tersebut Pelajar juga harus mengadakan kajian hasil program yang diadakan itu dan dilaporkan semula kepada JKKK berkenaan.

Masyarakat luarbandar adalah penting kepada pembangunan dan kemajuan Negara, justeru para pelajar harus bersikap positif dalam membantu Kerajaan mencapai masa depan yang lebih stabil dan sejahtera.

0 comments: