Template by:
Free Blog Templates

23 May 2011

Haram

Jawatankuasa Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) memandang serious pengambilan pasir secara haram.

Perkara itu timbul dalam mesyuarat yang diadakan pagi tadi di Bilik Gerakan Pejabat Daerah di Taiping.

Pengusaha yang mengambil dan mengorek pasir harus bertanggungjawab dan hanya tumpu kepada kawasan yang telah diluluskan olehpihak berkenaan dan tidak menceroboh ke tempat lain.

Industri pasir sejak kebelakangan ini menjadi tarikan kerana banhan itu amat diplerkan dengan banyak oleh projek besar seperti pembinaan landasan Keretapi berkembar dan projek mega yang lain.

Pembukaan semula stesen Keretapi di Pondok Tanjung, dekat Kamunting seperti yang telah saya bangkitkan sebelum ini telah diberikan perhatian seirous dalam mesyuarat tersebut dan diharap pihak berkenaan akan menimbang semula untuk menggekalkan stesen tersebut.

Stesen itu penting kerana pembangunan Wilayah Koridor Utara dan kebetulan pada masa ini tiada sebarang pengangkutan awam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah dan Batu Kurau.

Masalah Kesihatan terutama isu Lalat yang menjadi mengancam persekitaraan di DUN Kuibu Gajah dan setinggan sifar serta kemiskitan tegar juga turut dibangkitkan.

0 comments: