1 May 2011
Tentera
Bekas anggota Tentera tidak harus berputus asa dalam membentuk keadaan hidup yang baik selepas mereka tamat perkhidmatan, melainkan mereka yang uzur atau OKU.
Islam sendiri tidak mahu melihat ada dikalangan pengikutnya yang menyerah kalah sebelum mereka mencuba dan berusaha.
Saya berkata demikian ketika meresmikan Mesyuarat Agung tahunan Persatuan Bekas Tentera Cawangan Batu Kurau di Sekolah Kebangsaan Toh Sajak di Batu Kurau, petang tadi.
Kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dan perhatiannya kepada bekas anggota Tentera, malah mereka yang berkemahiran masih boleh meneruskan pengelaman yang ada dalam bidang-bidang tertentu.
Dalam pada itu, Saya juga berharap sektor swasta dapat menerima dan memberi keutamaan kepada bekas anggota Tentera mengikut kemahiran dan pengelaman yang mereka ada dalam Sysarikat atau perusahaan mereka.
Mereka ini ramai yang memiliki kemahiran dan pengelaman dan rugi jika tenaga mereka ini tidak digunaan sebaik mungkin.
Saya juga berharap bekas anggota tentera bersatu dan memperjuangkan nasib dan masa depan mereka melalui persatuan bekas tentera itu sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment