16 May 2011
MIC
Anggota MIC tidak harus merasakan bahawa kerjasama mereka dalam Barisan Nasional (BN) terabai, sekalipun prestasi mereka dalam Pilihanraya Umum (PRU) yang lalu tidak menggalakan.
Di Perak, sekalipun tiada seorang pun dari calon mereka yang menang, tetapi mereka tetap diberikan perhatin dengan perlantikan datuk r.ganeson selaku Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).
Bekas Timbalan Menteri, Veerasengan yang juga Pengerusi MIC Negeri yang turut kalah, dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Saya berkata demikian di majlis perasmian mesyuarat agung MIC Bahagian Larut yang diadakan di Dewan Orangramai Taman Lela, dekat Kamunting.
Mereka juga tidak harus merasa kecewa hanya kerana calon-calon mereka ramai yang ditolak pengundi.
Saya juga menggesa ahli-ahli MIC untuk menggekalkan kerjasama yang sedia ada dalam BN Larut bagi mempastikan kemenangan mereka dalam PRU ke 13 nanti.
Perpaduan amat penting kerana ia adalah kekuatan BN selama ini dan sebarang perasangka dan rasa tidak puashati harus dibincangkan secara baik dan bukan dengan mendedahkannya kepada umum.
Seramai 37 orang perwakilan hari di mesyuarat yang diketuai oleh T.Derajoo dan barisan Jawatankuasanya. Turut hadir ialah ADUN Batu Kurau, Kapt. Datuk Najmuddin Haji Elias.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment