Template by:
Free Blog Templates

30 April 2012

Zambry
























Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menegaskan pemimpin dan ahli UMNO harus lebih mesra dan ketepikan protokal untuk mendekati dan menawan hati rakyat.

Kemesraan itu jugalah yang diamalkan oleh UMNO Perak yang turun begitu ramai anggota rombongan ke Johor.

Dr Zambry yang juga pengerusi badan perhubungan UMNO negeri berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra sempena lawatan kerja parlimen Gelang Patah malam tadi.

Turut hadir ketua UMNO bahagian Gelang Patah, Datuk Aziz Sapian dan pemimpin ahli UMNO tempatan.

Diantara ketua-ketua bahagian yang hadir ialah Datuk Seri Raja AHmad Zainuddin B. Raja Haji Omar (Larut), Datuk Mohamad Shaarani (Lenggong) dan Datuk Kusbari Talib (Tanjung Malim).

Ketua pemuda Negeri Perak, Khairul Azwan Harun dan Ketua wanita UMNO Perak, Datuk Rosnah Kassim juga hadir.

Dr Zambry juga mengajak ahli-ahli UMNO menjadikan sejarah di Perak selepas Barisan nasional (BN) berjaya mendapat semula kuasa pemerintahan selepas 11 bulan ditadbir oleh pembangkang.

Apa yang cuba digambarkan oleh Menteri Besar ialah ahli-ahli UMNO jangan mengalah dalam perjuangan demi bangsa, agama dan tanahair.

Mengenai Johor, Dr Zambry yakin UMNO dan BN akan terus kekal di pilihanraya umum (PRU) ke 13.

UMNO















Seramai 10 orang ketua UMNO bahagian di Perak menyertai rombongan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir ke Johor hari ini.

Diantara mereka ialah ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar, ketua UMNO bahagian Tapah, Datuk Shamsuddin Abu Hassan dan ketua UMNO bahagian Batu Gajah, Datuk Yusop Kassim.

Ketua wanita UMNO Perak, Datuk Rosnah Kassim dan ketua puteri Perak serta beberapa orang ketua pemuda dan puteri bahagian juga turut sama dalam lawatan ke Johor dan Melaka itu.

Dr Zambry yang juga pengerusi badan perhubungan UMNO Perak mengadakan perjumpaan dengan pemimpin dan ahli-ahli UMNO bahagian Gelang Patah di Johor malam ini.

Turut hadir ketua UMNO bahagian Gelang Patah, Datuk Aziz Sapian dan ahli-ahli jawatankuasanya serta ketua-ketua UMNO cawangan.

Mereka juga berkesempatan bertemu dengan ketua UMNO bahagian Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zarkashi dan ketua UMNO bahagian Pontian, Datuk Hasni Mohamed di Johor.

Dr Zambry juga bertemu dengan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang juga pengerusi badan perhubungan UMNO Johor.

Dr Zambry dan rombongan berlepas ke Melaka esok pagi untuk mengunjunggi ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rostam dalam perjalanan balik ke Ipoh.

29 April 2012

Sakit






Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar melawat seorang ahli jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) Tebing Tinggi, Razali Yusop yang sedang dirawat di hospital besar Penang.

Turut hadir naib ketua UMNO bahagian Larut, Fauzi Kassim dan ketua UMNO cawangan Kubu Gajah, Abu Samah Aliddin.

Razali dijadualkan menjalani pembedahan isnin ini.

Bola sepak








Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berharap ramai lagi bakat baru dapat dicungkil melalui pertandingan bola sepak di kampung, Mukim dan daerah.

Bekas naib presiden persatuan bola sepak malaysia (FAM) itu berkata adalah salah jika ada mana-mana pihak atau individu menyifatkan pertandingan bolasepak peringkat kampung, Mukim dan Daerah itu sebagai tidak ada kualiti dan bermutu.

Beliau menggesa persatuan bola sepak negeri mengadakan pertandingan peringkat Mukim dan daerah kerana terdapat ramai bakat baru yang berpotensi.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menegaskan ramai bintang dunia yang digilap hasil pendedahan yang dibuat hingga ke peringkat akar umbi.

Sebanyak 30 lebih pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan sembilan sebelah itu.

Pertandingan merebut piala Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin itu dilangsungkan di dua padang, Bagan Baharu dan Kubu Gajah.

Hujan lebat yang turun tidak menhalang pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.

Rayuan


















Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berharap semua pemohonan yang mengemukakan rayuan BR1M diterima.

Beliau membuat rayuan itu kepada menteri kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah di majlis perasmian mesyuarat agung berkelompok UMNO bahagian-bahagian Larut, Bukit Gantang dan Taiping, pagi tadi.

Katanya mereka yang merayu, tetapi masih tolak disebabkan kesilapan kecil seperti kesilapan nama dan nombor kad pengenalan boleh menyebabkan mereka merasa kecewa.

BR1M itu merupakan hasrat murni Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan mendapat penghargaan ramai.

Justeru bagi menggelakkan rasa tidak puas hati dan kecewa amatlah wajar kesemua mereka yang membuat rayuan diterima.

BR1m merupakan hasrat baik Perdana Menteri dan masyarakat adat berterima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN).