Template by:
Free Blog Templates

26 April 2012

Dermasiswa











Pelajar Perak beruntung kerana Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir secara peribadi memberi perhatian berat kepada kemajuan pendidikan.

Sumbangan dermasiswa yayasan Perak kepada anak-anak mereka yang berpendapatan rm 2,000 kebawah adalah merupakan cetusan idea Dr. Zambry sejak menjadi menteri besar.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berkata demikian dimajlis penyampaian dermasiswa kepada 21 orang lagi pelajar peringkat Dun Kubu Gajah yang melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi.

Ketua-ketua kampung dan ibubapa pelajar berkenaan turut hadir di majlis yang diadakan di dewan orangramai kampung tersusun Kubu Gajah, petang tadi.

Rakyat Perak sesungguhnya beruntung kerana pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional (BN) pinpinan Dr. Zambry sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat miskin dan berpendapatan rendah.

Selain dermasiswa, kerajaan negeri menubuhkan yayasan bina upya (YBU) untuk membantu membina rumah-rumah kepada orang miskin, pinjaman memulakan perniagaan dan sumbangan saguhati kepada anak yangdilahirkan di Perak.

Mengenai dermasiswa yang disediakan oleh Dr. Zambry ramai ibubapa dan keluarga pelajar yang memuji usaha menteri besar itu.

Dalam pada itu, Dr Zambry juga mengumumkan usaha Kerajaan Perak menyediakan beribu lot tapak rumah kepada bekas tentera dan polis.

Malah, Usaha Dr. Zambry itu menjadikan Perak negeri pertama di negara ini yang berbuat demikian.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya syorkan YMDS mengumpul data base masyarakat yang paling miskin di ADUN Kubu Gajah dengan melihat nama2 mereka yang tiada belesen pemandu kenderaan di JPJ seperti lesen motosikal.

Saya takut ramai yang ada lesen memnadu motosikal yang dapat semuanya seperti lembu, susidi macam2 lagi dll.

Bagi mereka yang berjalan kaki dan naik basikal ke kebun munkin kita terlupa.