Template by:
Free Blog Templates

26 April 2012

UMNO











UMNO bahagian Larut akan turut merayakan sambutan ulangtahun ke 66 pada 11 Mei ini.

Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berkata semua 97 cawangan diarah memasang dan menaikkan bendera UMNO.

Bendera-bendera UMNO akan diserah dan diagihkan kepada ketua-ketua cawangan.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berkata demikian selepas majlis penyerahan bendera UMNO peringkat dewan negeri (DUN) Kubu Gajah, petang tadi.

Mengenai mesyuarat-mesyuarat agung cawangan dalam bahagian Larut, beliau berkata ia akan bermula 1 Mei ini hingga pertengahan bulan Jun.

Pada kali mesyuarat-,esyuarat agung cawangan berkelompok tiga bahagian Larut, Taiping dan Bukit Gantang akan derasmikan menteri kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah yang juga bendahari UMNO pusat ahad ini.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya harap semua AJK cawangan mengibarkan bendera depan rumah mereka untuk merancakkan suasana pilihan raya, bukan untuk ulang tahun sahaja. Demam PR 13 sudah bermula di banyak tempat. Lagu DAP pun sudah bermula.

Kalau boleh keluar duit sendiri beli bendera. Tak payah tunggu yang free untuk melihat siapa yang ikhlas memperjuangkan UMNO.

Bukan mahal sangat harga bendera. Subsidi buah kelapa sawit dari kedai membeli kelapa sawit pun sudah mencukupi.