Template by:
Free Blog Templates

12 April 2012

Peladang






Ahli-Ahli Peladang tidak boleh merasa rendah diri jika mereka ingin berjaya dan maju ke hadapan.

Pengerusi Pertubuhan Peladang (PPK) Kawasan Batu Kurau, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar berkata, jika mereka mendapat peluang janganlah pula berjoli dengan pinjaman dan kemudahan yang mereka terima.

Peladang yang berjaya dan maju adalah terdiri dari mereka yang bersedia bersaing dan meningkatkan ilmu pengetahun serta kemahiran.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah berkata demikian ketika berucap meresmikan mesyuarat agung unit Peladang Kampung Perak di perkarangan Mesjid Kampung Perak, dekat Batu Kurau, petang tadi.

Turut hadir Ahli Lembaga PPK Batu Kurau, Haji Tagjuddin Ibrahim dan Major (B) Sabaruddin Mohd Zain.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menambah PPK akan memperluaskan aktivitinya termasuk memajukan tanah di Ijok untuk tujuan perladangan.

PPK telah memperolehi keuntungan RM300,000 pada tempuh berakhir tahun 2011 berbanding dengan RM100,000 tahun sebelumnya.

PPK juga akan berusah untuk memasarkan produk ahli-ahli Peladang hingga ke peringkat antarabangsa.

6 comments:

Anonymous said...

YMDS

Projek tidak berjaya selalunya pinjaman diberikan kepada mereka yang mempunyai nafsu kuat tenaga kurang atau yang berlagak macam petani dinamik. Tapi tanah mereka pun menjadi hutan (tak bersih)

Lihat sahaja projek kambing di Lembah Keluang.

Turun padang penting untuk melihat siapa yang rajin berkebun. Bukan bagi pinjam hentam keromo sahaja.

Anonymous said...

YMDS,

Saya harap keuntungan peladang Batu Kurau melebihi peladang Selama sebab ia dipengurusi seorang yang pernah menjadi pengarah syarikat2 yang lain.

Jangan jadi Tabung Haji Plantation sudahlah (tempat bakal YMDS jadi pengarahnya sebelum ia diBSKLkan)

Moto dan falsafahnya ialah 'GROWTH and SUSTAINIBILITY'

Yang berkembang (GROWTH) ialah ladangnya tapi untungnya tidak bertambah daripda tahun lepas kerana mereka asyik bagi kursus kepada eksekutif yang tidak berkelulusan mengikut keperluan syarikat. Ramai terpaksa di kerususkan lagi. Kalau mereka pilih eksekutifnya yang ada diploma MPOB dan berkelulusan dalam bidang RISK MANAGEMENT sudah tentu Tabung Haji dapat menjimatkan bayaran kursus kakitangannya. Sepatutnya pengarah dan CEO syarikat hendaklah dipilih daripada yang lulus dalam bidang RISK MANAGEMENT. Kalau kita pilih akauntan mereka boleh tengok buku ledger sahaja macam komputer men asyik tengok komputer sahaja

Anak YB Megat Khas pun begitu juga. Dulu beliau menjadi pengarah harta tanah yang berkembang hingga ke Australi tapi untungnya, hanya 4.2 sen sesaham Nasib baik beliau berhenti jadi pengarahnya.

Orang Cina lebih pandai jadi pengarah daripada Melayu. Mereka naikkan gaji eksekitifnya (hampir semuanya Cina) dan majukan syarikat (untung jadi pokok) supaya untung syarikat sentiasa rendah. Pengarah proxy Melayu yang ada di situ hanya setuju sahaja walaupun beliau pernah menjadi pengarah syarikat lain.

Lagi satu saya tengok pengarah proksi UMNO tidak ramai dipilih mengikut tempat mereka bekerja.

Sebagai contoh saya lihat Pengarah wakil UMNO datangnya dari Terengganu tapi ladang Tabung Haji Plantation banyak di Johor dan Sarawak. Kalau pilih YB Bau, atau pun yang di Johor alangkah naiknya. Sebab itu kita tak untung banyak. Orang Trengganu sepatutnya jadi pengarah Ikan atau Minyak bukan kelapa sawit Tabung Haji.

Sebab itu saya mahu YMDS menjadi pengarah syarikat Sime Darby kerana ia mengelilingi Kubu Gajah. Syarikat seperti Maju Perak tak untung banyak (asyik majukan Lembah Kinta). Buat baiklah dengan Timbalan Menteri kewangan kedua.

Anonymous said...

YMDS,

Bulan April, Mei dan Jun banyak mesyuarat agong syarikat diadakan.

Bulan 6 ini Felda Global akan diapongkan.

Apa yang saya lihat pengarah proxy UMNO ramai yang tidak bermaya untuk menguntungkan syarikat.

Saya harap UMNO hendaklah memilih mereka yang telah berjaya untuk menguntungkan syarikat. Bukan berdasarkan kelulusan dan ada banyak bintang kehormat semata2.

UMNO hendaklah membuat kayu aras keuntungan sesaham sekurang2nya 30%.

Jika tidak tercapai demikian gantikan dengan ahli UMNO yang lain. UMNO ada tiga suku juta ahli.

Persoalnya bolehkah orang seperti Tan Sri M. Isa Samad dapat menuntugkan Felda Global sama seperti TWSPlantation.

Kalau tak boleh kenapa tak pilih orang seperti ADUN Selama yang ada business menjadi Chairmannya. Chaimannya mestilah orang yang pandai global business dan boleh menentang pengusaha soya bean.

Bila kami mesyuarat susah hendak megenenepikan mereka kerana kami pemegang saham mimoriti.

Bila saya mesyuarat saya selalu mensyorkan jangan ambil mereka yang melebihi umur 70 tahun tapi tidak berjaya. Bayangkan mereka yang 70 tahun tidak tahu menahu kawasan Sime Darby yang tidak diusahakan di kawasan Kubu Gajah, tapi dalam penyata ia diusahkan.

Sime Darby sepatutnya untung lebih banyak lagi jika UMNO memilih mereka yang pandai trouble shooting menjadi pengarahnya. Saya lihat YMDS ada ketokohan untuk menjadi eksukutif trouble shooting. Yang lain macam kaki joli sahaja. Rugi masa tidur hotel 6 bintang dan terbang dengan 1st class teket tapi tidak tahu melihat loop-holes syarikat.

Saya sekali baca penyata tahunan sahaja sudah banyak loop-holes yang saya perolehi tapi apa yang minoriti seperti saya boleh buat. Kongkong bukit sahajalah. Tapi kalau wakil seperti PNB atau KWSP datang barulah kursi panas

Lagi satu wakil UMNO dipilih tidak berpegang kepada konsep saling melengapi. Cuba YMDS lihat Boustead. Semuanya askar laut yang ramai jadi pengarahnya.

HIDUP PNB, GLC dan SLC dan BN !

Anonymous said...

YMDS,
YMDS,

PM hendak berikan durian runtuh ke FELDA. Bila PM hendak bagi durian runtuh ke Persatuan Peladang dan koperasai RISDA? Maksud saya bukan bagi duit tapi projek.

Saya salah seorang yang paling lama jadi ahli peladang Selama. Tapi tidak nampak durian yang runtuh. Yang runtuh ialah saya sendiri kerana mereka jual nangka madu dll terlampau mahal.

Saya belajar dengan Engku Aziz bukan nak cari untung cara begini tapi dapat membeli baja, anak pokok dll lebih murah daripada apa yang dijual di kedai.

Kalau kita syorkan perkara ini puak pembangkang (mereka) ada lebih ramai.

Saya tidak dapat membantu persatuan peladang kerana keperluan petani lebih murah jika dibeli di Alor Pongsu dan Bagan Serai dekat pasar. Harap petani LMS pergi ke sana untuk keperluan mereka. Hidup petani!

Anonymous said...

YMDS,

Peladang hanya akan berjaya jika dapat bekerjasam dengan perhilitan dan vertiner/pemilihara haiwan peliharaan,

Saya hampir 20 tahun tak maju2 kerana lembu seperti lembu Hj. Saad (ahli parti ikut resmi lalang. Kalau UMNO menang beliau masuk UMNO) Kubu Gajah asyik merosakkan tanaman saya dan begitu juga kera.

Kita ada tanah tidak luas untuk tanaman kelapa sawit menjadi mangsa haiwan peliharaan dan kera.

Bolehkah peladang berjaya jika haiwan perosak tidak dapat dibasmi secara total. Hanya ladang yang luas akan berjaya kerana kera dan babi terbelahak nak makan begitu banyak nenas dll.

Kerajaan suruh agrobank bagi pinjam tapi tidak dapat membasmi haiwan perosak. Macam mana peladang kecil hendak hidup. Akhir2nya kita buat estet peladang macam di negara komunis/sosialis yang dijaga oleh pemerintah.

Anonymous said...

YMDS,

Perhilitan memang ada datang untuk membasmi kera tapi mereka datang setakat mana 4W boleh masuk tapi kera ada di kawasan di mana sekrambler boleh masuk. Mereka yang bekerja di sana macam bukan orang kampung nampaknya. Tak mahu jalan kaki masuk ke dalam mencari kera.

Mereka juga datang salah timing.

Sebagai contoh, kera tidur depan dan tepi rumah YMDS (di pokok getah) waktu malam. Pukul 6.30/7.00 petang mereka mula cari tempat tidur. Pehilitan datang waktu pejabat. Adakah mereka perlu ikut kursus tentang tabiat kera?

Haji Saad lepaskan lembu waktu malam. Pukul 3.00 pagi baru lembu2 ini datang kerumah2. Semua orang Kubu Gajah tahu Hj. Saad tuan lembu. Barangkali YMDS sahaja yang tidak tahu. Lagi pun saya lihat beliau ni macam UMNO seperti YB Baling dahulu. UMNO resmi lalang. Bila kita sebut pasal beliau ke ketua kampung beliau ketawa sahaja.

Bagaimana peladang hendak maju? Kalau bagi subsidi berjuta2 pun lembu Hj. Saad yang untung makan anak pisang, tebu, anak nangka madu dll. Hidup Hj. Saad dan mereka yang ada lembu di FELDA. Lembu FELDA lagi hebat. Sekali datang ranap semua anak kelapa sawit. Apa ketua kampung boleh buat? Bodek YMDS sahajalah.