Template by:
Free Blog Templates

25 April 2012

Jambatan









Jawatan kuasa dan kemajuan keselamatan kampung (JKKK) diminta agar sentiasa memantau perlaksanaan projek dan membuat laporan dalam mesyuarat setiap perlaksanaan projek pembangunan di kampung mereka.

JKKK jangan hanya pandai minta projek, tetapi bila peringkat perlaksanaan mereka tidak ambil tahu.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar berkata demikian selepas meninjau kerja-kerja perlaksanaan jambatan konkrit yang baru di kampung sungai Dendang Hilir di titi Ijok, petang tadi.

Kerja-kerja cerucuk jambatan berharga rm 200,000 itu bermula hari ini oleh sebuah kontraktor tempatan dan dijadualkan siap dalam masa dua bulan.

Jambatan tersebut dibina menggantikan dua buah titi kayu yang roboh akubat banjir baru-baru ini.

Jambatan yang baru itu memberi kemudahan penduduk serta kenderaan menggunakannya berbanding titi kayu sebelum ini.

Datuk Seri raja Ahmad Zainuddin juga masih menunggu laporan daripada JKKK berkenaan hasil siasatannya punca sebenar dua titi kayu di sungai Dendang Hilir roboh.

Beliau telah meminta JKKK berkenaan membuat siasatan termasuk mengenal pasti pihak yang terlibat dan bertanggung jawab pembuangan pelepah kelapa sawit begitu banyak ke dalam sungai Ijok dan dihanyut air deras menuju ke titi kyu hingga roboh.

4 comments:

Anonymous said...

YMDS,

LMS ada kekuatan tersendiri

Sebagai contoh kita ada Captain bersara jadi ADUN Batu Kurau.

Sudah tentu kita dapat bantuannya melalui askar kejuruteraan untuk membina jambatan Kampung.

Saya pernah menjadi guru di sekolah Cina. Kami pilih pemimpin yang boleh membantu sekolah. Kalau tunggu kerajaan lambatlah sedikit.

Kita takut kita asyik pilih pemimpin yang pandai berpidato tetapi tidak dapat membantu (atau tidak menggunakan kapisitinya sebagai askar bersara) atau menderma dengan duit sendiri bagi pembangunan.

Sebagai contoh, kita mempunyai ramai guru UMNO. Tapi tak ramai buat kelas tambahan tanpa diarah atau buat kelas tuition dengan bayaran menimum. Mereka asik berpolitik.

Saya ingat orang Melayu mula mengundi pemimpin UMNO brdasarkan performan mereka bukan berdasarkan retorik mereka.

Anonymous said...

YMDS,

Masalah membuang pelepah kelapa sawit amat susah untuk diatasi.

Saya membina parit keliling tanah saya.

Tapi pekerja orang sebelah campak pelepah kelapa sawit ke parit tersebut.

Kalau kita marah dan dia tahu kita UMNO dia masuk PAS.

Saya harap jika mereka masuk PAS ubahlah perangai jangan masukkan pelepah ke parit saya (Upah 600 ringgit sehari untuk mengorek parit dengan lipan.

Anonymous said...

YMDS,


Biasanya kampung tidak maju kerana kita pilih orang yang salah jadi ahli JKKK.

Kadang-kadang lebih daripada seorang mewakili sesuatu mukim yang sama.

Sebagai contoh di kampung YMDS, JKKK Tebing Tinggi sekolah ada dua orang, tapi JKKK tempat YMDS tidak ada seorang pun datang dari sana.

Dengan yang demikian kampung YMDS akan jadi kampung 'hantu'. Bila saya lalu saya sentisa takut bila sampai di situ kerana saya teringat kubur India bawah pokok rimbun depan tanah YMDS.

Saya syorkan YMDS hendaklah juga jadi ahli JKKK kampung Tebing Tinggi mewakili mukim YMDS supaya tempat tersebut tidak ditakuti.

Saya selalu bagi contoh kampung YMDS kerana saya rasa YMDS senang memahami maksud saya.

Munkin YMDS lebih suka saya berikan contoh di kampung Teras agaknya.

Anonymous said...

YMDS,

MB kita kata jalan susur keluar Matang Pasir siap 2015.

ADUN Alor Pongsu kata siap tahun ini.

Siapa yang betul?

Lagi pun Krian akan ditawan Pembangkang kalau susur keluar tidak ini siap seperti kata ADUN Alor Pongsu.

Tapi biarlah bukan tempat kita....

Kalau ia siap pada tahun 2015 munkin kita tidak merasa lebuhraya Jelapang-Selama dalam masa terdekat.

Kerajaan tetap mengkotakan janjinya tapi berpuluh tahun lagi nampayakan. Sepatutnya duit pinjam tiada masalah tapi duit kerajaan barulah ada masalah.

Lebuhraya kita duit pinjaman SUKUK. Sepatutnya bila ia diluluskan tak payah tunggu berpuluh tahun lagi hendak dimulakan.

Saya masih sangsi keupayaan IDR memnatua projek cadangan mereka ini.

Mereka tidak tahu antara duit pinjaman dengan duit kerajaan.

PAC tak boleh tanyakah kerja2 yang dibuat IDR. Memang mereka tak boleh bina lebuhraya tersebut tapi pantaulah cadangan mereka.

Kenapa susah sangat nak pinjam SUKUK. Munkin orang Arab tak percaya kita agaknya?