Template by:
Free Blog Templates

12 April 2012

Banjir-tebing sungai runtuh

























Selagi sungai ijok tidak dibaik pulihatau dinaikkan taraf selagi itulah masalah banjir di Mikim Ijok tidak akan selesai.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berkata demikian selepas meninjau beberapa tempat berlaku tebing sungai runtuh dalam kejadian banjir kilat di Dun Kubu Gajah malam tadi.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berharap peruntukan sebanyak rm 38 juta untuk kerja -kerja baik pulih sungai Ijok dapat disegerakan.

Dalam kejadian banjir semalam, tebing sungai ke kampung kelian Gunung dan membahayakan pengguna disitu.

Kerja baik pulih harus dilakukan segera kerana jambatan terbabit adalah satu-satunya laluan penduduk disitu.

Datuk Seri raja Ahmad Zainuddin turut meninjau tanah jerlus di jambatan kampung teras dan merupakan laluan utama pelajar sekolah.

Beliau juga meninjau kerja-kerja membersih sekolah kebangsaan Wan Jaafar di Ijok yang turut terlibat dengan banjir berlumpur.

Sesi persekolah itu ditutup hari ini kerana kerja-kerja pembersihan.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin turut melawat pusat pemindahan banjir di dewan orang ramai sengai Segar di bagan Bahru.

Banjir kilat semalam melibatkan kira-kira 300 orang penduduk di kampung Masjid,Bendang luas,kampung Sangkut, sungai jernih, Kelian gunung, Redang Panjang dan sungai Segar selama dua jam dan air hingga paras pinggang.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Mana lebih untung antara membaiki sungai Ijok dengan menempatkan mereka di kampung tersusun dengan wang 38 juta ringgit?