Template by:
Free Blog Templates

22 April 2012

Projek Kecil







Projek-projek kecil seperti jalan,parit dan longkang akan terus dilaksanakan bagi kemudahan kepada rakyat.

Namun perlaksanaannya bergantung kepada keutamaan dan peruntukan yang ada.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar menegaskan Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus membela nasib rakyat dan akan mempertingkatkan perkhidmatan terbaiknya bagi kemajuan negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap dan majlis dalam program kenduri kampung bersama penduduk di sungai Ara,pagi tadi.

Turut hadir ketua kampung sungai Ara, Haji Halil Abdullah, ketua UMNO cawangan Kelian Cinei, Razak Othman, ketua UMNO cawangan Jemerang Setar, Ramli Haji Taib dan ketua UMNO kampung Haji Mat Asek, Abdul Hadi Bahari di dewan serbaguna sungai Ara.

Program kenduri kampung bertujuan membolehkan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menemui secara dekat dengan pengundi dan mendapatkan maklum balas daripada mereka.

Program kenduri rakyat sebelum ini telah diadakan di Bendang Luas, Batu 20, titi Ijok, Felda, Kelian Gunung dan Kubu Gajah.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menggulangi seruan beliau agar penduduk mengutamakan perpaduan jika mereka mahu terus menikmati pembanggunan dan kemajuan.

Mereka juga diminta agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pihak-pihak yang cuba menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) menjelang pilihanraya umum (PRU) ke 13.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya setuju jika jamuan rakyat diadakan disemua 13 kampung.

Masalah lama perlu juga diatasi kerana kita takut ramai orang kita menjual tanah mereka yang tidak produktif/kecil.

Cuba lihat di kampung YMDS ramai yang telah menjual tanah mereka dan pindah ke Taiping, Ipoh, KL dan PP disebabkan tanah tidak dapat dipecah bahagian kerana terlalu mahal. Haiwan perosak pun banyak dan tanah paya yang tidak dibetulkan saliranya pun banyak.

Saya syorkan YMDS perlu mengatasi masalah lama sebelum mencari masalah baru.

YMDS tidak dapat mengatasi tanah terbiar kerana asyik membaiki projek yang rosak. Masyarakat kampung YMDS akan berpindah lagi.