Template by:
Free Blog Templates

7 April 2012

PIBG













Sekolah kebangsaan Sultan Idris Shah Felda, Ijok telah diperuntukan sebanyak rm 600,000 untuk kerja-kerja penyelanggaraan.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berkata ia akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap marasmikan mesyuarat agung persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) sekolah kebangsaan Sultan Idris Felda Ijok pagi tadi.

Turut hadir guru besar sekolah kebangsaan Sultan Idris Shah, Osman Yahya, pengurus Felda Ijok, Shariffudin Dat dan ketua kampung Felda, Haji Shujur Haji Jaman.

Kerja-kerja penyelanggaraan itu termasuj baik pulih bangunan akan dikendalikan oleh jabatan kerja raya (JKR) mulai tahun ini hingga tahun depan.

Mengenai sebuah titi yang rosak dekat sekolah tersebut bagi kegunaan pelajar-pelajar sekolah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berkata beliau akan berusaha untuk mendapatkan peruntukan RM 20,000 daripada pihak berkenaan.

Mengenai masalah sekolah, beliau menyeru ibubapa agar menggunakan PIBG bagi membincangkan sebarang masalah yang timbul.

PIBG adalah sebaik tempat untuk ibubapa dan guru berbincang masalah anak-anak mereka.

Sempena mesyuarat agung tersebut majlis kanduri kampung turut diadakan yang dihadiri sekitar 1,000 orang.

0 comments: