Template by:
Free Blog Templates

23 April 2012

UMNO




Persidangan 97 cawangan UMNO bahagian akan dirasmikan serentak bersama dua bahagian lagi pada 29 april ini.

Menteri kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hadzlah yang juga bendahari UMNO pusat akan merasmikan mesyuarat agung cawangan-cawangan dalam bahagian Larut,Taiping dan bukit Gantang serentak.

Lebih 1,000 perwakilan dijangka menghadiri majlis perasmian tersebut di hotel perdana Taiping pukul 10 pagi.

Ketuan UMNO bahagian Larut , Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap di majlis pemimpin bersama rakyat di dewan serbaguna kampung Sungai Ara, pagi tadi.

Pada mulanya mesyuarat tersebut dijadualkan derasmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang juga pengerusi badan perhubungan UMNO negeri.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berkata, mesyuarat-mesyuarat Agung cawangan dalam bahagian Larut akan bermula 1 Mei dan berakhir pertengahan Jun.

Selain Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin, ketua UMNO bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Hussein dan ketua UMNO bahagian Taiping, Datuk Salimin Shafie akan hadir di perasmian tersebut.

Ia merupakan satu sejarah mesyuarat cawangan dalam tiga bahagian.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Selalunya kita panggil pemimpin UMNO yang boleh membantu untuk memajukan ADUN Kubu Gajah bagi pembukaan mesyuarat agong.

Kalau MB, beliau tidak boleh membangunkan Kubu Gajah dan Ijok. Belaiu hanya dapat membantu YMDS kekal jadi YB.

Saya berharap Menteri Kewangan kedua dapat mensyorkan YMDS jadi pengarah Sime Darby kalau kita hendak membangunkan Kubu Gajah.

Kemajuan lebuhraya Jelapang-Selama pun senyap begitu saja.