Template by:
Free Blog Templates

8 April 2012

Gotong royong








Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berharap hubungan mastarakat akan lebih erat melalui budaya bergotong royong.

Masyarakat jangan melihat aktiviti bergotong royong ini hanya pekara yang biasa-biasa.

Kerajaan menggalakan semangat bergotong royong ini kerana ia boleh menjimatkan belanja, bermuafakat dan menggalakan perpaduan.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga ketua UMNO bahagian Larut menghadiri program gotong royong dan kenduri kampung UMNO cawangan Kubu Gajah pagi tadi.

Ketua kampung Tebing Tinggi, Nor Azemi Sabran, ketua UMNO cawangan Kubu Gajah, Abu Samah Aliddin dan ketua wanita Kubu Gajah, Jamaliah Yahya turut serta program mengecat dan membersih surau Kubu Gajah.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menambah bahawa negara akan aman,makmur dan sejahtera melalui semangat perpaduan.

Lebih 300 orang penduduk terlibat dalam program tersebut dan mereka turut masak secara bergotong royong diantara penduduk lelaki dan wanita.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Semangat perpaduan hanya dapat diketepikan jika kita tidak rasairihati/ cemburu terhadap pencapaian orang lain dan jika kita elakkan, kata2 'aku lebih pandai, aku lebih rajin...aku lebih layak jadi ADUN, semuanya lebih daripada yang lain'.

Sebab itu kita lihat kita terlupa orang seperti Seniman Jins Samsuddin boleh menang ditempatnya tapi kita masih kemukakan orang lain.

Kita tiada data base tentang pemimpin yang winnable.