Template by:
Free Blog Templates

23 April 2012

Ahli




Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar percaya ramai lagi yang akan menyertai UMNO kerana keyakinan mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Beliau berkata,semakin yang tertarik dengan kepimpinan Datuk Seri Najib yang mengutamakan kepentingan rakyat.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berkata demikian selepas menerima kemasukan seramai 37 orang ahli baru dari UMNO cawangan Jemerang Setar pagi tadi.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menerima borang keahlian baru itu yang disampaikan oleh Mohd Hashim Bin Ali, 34 tahun,pagi tadi.

Turut hadir,ketua UMNO cawangan Jemerang Setar, Ramli Haji Taib sambil disaksikan ketua-ketua cawangan.

Sambil mengalu-alukan kemasukan mereka ke dalam keluarga UMNO, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yakin ia satu petanda baik dan berharap kekuatan UMNO Larut semakin kuat, menjelang pilihanraya umum (PRU) yang akan datang.

Beliau yakin UMNO terutamanya Barisan Nasional (BN) akan mempertahankan rekod kemenangan semua kerusi di Dun Parlimen Larut melalui semangat kerjasama dan perpaduan.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Ketua UMNO boleh memlilih JK mengikut ramai ahli.

Saya syorkan kursi ini diberikan kepada ahli UMNO yang dapat paling ramai sekali mendaftarkan ahli UMNO baru.

UMNO perlu membuat reformasi politik dengan memberi hadiah kepada ahli yang dapat mendaftarkan paling ramai orang baru untuk menjadi UMNO ahli.