Template by:
Free Blog Templates

7 April 2012

Surau








Kerajaan negeri meluluskan peruntukan rm 50,000 untuk menaik taraf surau Kelian Gunung di Ulu Ijok.

Ia akan memberi keselesaan kepada masyarakat Isalam disitu untuk mengerjakan solat dan aktiviti keagamaan yang lain.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap di majlis dialog dan kenduri kampung di Kelian Gunung tengah hari tadi.

Turut hadir ketua kampung sungai Jernih, Jamaludin Mat isa yang juga ketua UMNO cawangan dan ketua UMNO Kelian Gunung, Zulkifli husein.

Program anjuran bersama cawangan-cawangan UMNO Kelian Gunung dan Sungai Jernih diadakan di perkarangan surau Kelian Gunung.

Mengenai tanah runtuh di tebing sungai dekat sungai Jernih dan Kelian Gunung, adalah diharapkan pihak jabatan parit dan saliran (JPS) dapat mengambil tindakan segera.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga ketua UMNO bahagian Larut menyeru ahli-ahli parti mengutamakan perpaduan bagi menjamin kemenangan cemerlang Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum (PRU) ke 13.

Mengenai tanah-tanah rezab JPS yang sudah lama diduduki penduduk disekitar Kelian Gunung dan sungai Jernih, usaha sedang dibuat bagi membolehkan mereka mendapat hakmilik.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Masalah yang lain daripada tanah rizab ialah kampung semankin sunyi kerana rakyat berpindah ke bandar.

Ada tiga sebab utama mereka pindah ke bandar.

Pertama tiada pekerjaan bedasarkan kelulusan mereka di kampung.

Kedua tanah kurnia diberikan kepada orang luar yang tidak membina rumah mereka di situ kerana mereka kebanyakannya saudara mara orang yang bekerja di pejabat tanah.

Isu yang besar sekali YMDS hadapi ialah tentang tanah kurnia yang diberikan kepada kroni dan akhirnya mereka menjualnya. Kroni tersebut bukan suka duduk di kawasan ADUN Kubu Gajah. Mereka menetap di bandar2 besar seperti di Taiping, Kulim dll. Mereka adalah golongan spekulasi/menengah.

YMDS hendaklah buat homework mengumpul data peratusan mereka yang dapat tanah dari penyokong PAS dan BN.

Saya lihat tanah kampung tersusun/tanah kurnia hampir sama banyak yang dapat, tapi tomahan mereka UMNO/suudara mara pejabat tanah yang banyak.

Ahli UMNO pula melihat mereka yang kaki bodek dapat semuanya. Perkara ini hendaklah diperjelaskan dalam perhimpunan, supaya mereka tahu keadilan BN.

Sebab ketiga tiada pembangunan di kawasan di mana penghuninya berpindah.