Template by:
Free Blog Templates

11 April 2012

Lawatan penduduk














Seperti biasa dalam program turun padang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah melawat mereka (penduduk) yang uzur, termasuk warga emas, petang tadi.

Hajjah Fatimah binti Nawi,70 tahun yang tinggal bersama anaknya di rumah mereka di Pekan Kubu Gajah, begitu terharu dan menitis air mata diatas kunjungan saya yang tidak diduga itu.

Saya kemudian, menyampaikan kerusi roda kepada Hasnah binti Non, 61 tahun di rumahnya juga di Pekan Kubu Gajah. Sebelum ini, saya telah melawat beliau yang tiba-tiba tidak mampu berjalan.

Saya turut menyampaikan sumbangan kepada seorang suri rumah, Hazida binti Abdul hamid, 32 tahun yang mengidap barah di rumah beliau juga di Kubu Gajah.

Di Simpang Lembah Keluang pula, Saya melawat seorang ibu, Khairun binti Md Ali, 61 tahun yang diserang sejenis sakit urat.

Beliau tinggal bersama suami, Haji Abdullah Arshad, 65 tahun anak kepada bekas Ketua Kampung Tebing Tinggi.

Turut hadir Ketua Kampung Tebing Tinggi, Nor Azemi Sabran dan Ketua UMNO Cawangan Kubu Gajah, Abu Saman Aliddin.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Nampaknya ketua kampung dan ketua cawangan sudah ambil berat tentang mereka yang sakit di kawasan Kubu Gajah.

Saya selalu dengar YMDS asyik pergi sebelah Ijok sahaja. Munkin ketua kampung dan cawangan di situ pandai membodek untuk mengekalkan kedudukan.

Kita ada 13 kampung. Tak munkin semuanya sihat di kampung jalan ke Taiping dan jalan ke Bagan Serai.