Template by:
Free Blog Templates

11 April 2012

Bumbung





Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar melawat rumah seorang penduduk di Bagan Baharu yang agak uzur.

Wahab Hassan begitu terharu dan amat berterima kasih diatas kunjungan dan perhataian berat Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang sanggup turun untuk melihat sendiri keadaan rumah beliau.

Wahab adalah bekas anggota Tentera dan amat disegani di Kampung Bagan Bahru kerana pembabitannya dalam kerja kemasyarakatan.

Beliau adalah juga seorang Guru Silat dan telah melatih ramai remaja di sekitar Bagan Bahru.

1 comments:

Anonymous said...

Munkin saya salah tanggapan.

Saya lihat macam YMDS hanya menumpukan lawatan terhadap suku sakat keluarga ketua kampung dan ketua cawangan sahaja.

Mereka ini sudah dalam tangan BN.

Ada 64% lagi yang masih atas pagar dan berpegangkan (mengundi) kepada isu yang dibangkitkan PAS. Jika Pegawai Penerangan UMNO tidak dapat menepis isu ini munkin mereka ini akan mengundi PAS.

Sekarang banyak surut layang parti pembankang yang diedarkan ke rumah2 menerangkan isu, tapi UMNO masih tidak menjawab isu yang dibangkitkan. Alasan yang diberikan kami ada strategi yang lain.

Sebab itu ketua penerangan UMNO hendaklah mereka yang rajin menjawab isu bukan hanya datang mesyuarat dan melatah untuk mendapatkan undian.

Orang Melayu kita mengundi mereka yang latah dalam persidangan untuk menjadi pemimpin sektor tertentu, bukan yang rajin untuk pembangunan dan dapat menepis isu.

Saya ingin melihat surat edaran UMNO yang dapat menjawab isu yang dipanaskan pembangkang.

Anggaplah PR 13 akan diadakan beberapa hari lagi. Lupakan bulan JUN.