Template by:
Free Blog Templates

11 April 2012

Meninggal





Menziarah jenazah bekas ketua kampung sungai rambutan, Allahyarham Yusof amir hamzah yang telah pulang keRahmatullah, tengah hari tadi.

Allahyarham Yusof, 72 tahun meninggal dunia di hospital Selama pagi tadi selepas dimasukkan malam tadi.

Allahyarhan yang juga bekas ketua UMNO cawangan sungai rambutan adalah seorang yang amat disegani dan amat aktif dalam aktiviti amal dan memasyarakatan.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar menziarahi jenazah Allahyarham bekas ketua kampung sungai rambutan, Yusof Amir Hamzah dirumahnya tengah hari tadi.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga ketua UMNO mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham dengan doa semoga rohnya disisi orang-orang yang solleh.

Jenazah selamat dikebumikan selepas solat asar tadi.

1 comments:

Anonymous said...

Semasa saya kecil dahulu mereka bermastutin di Kampung tengah Rantau Panjang tapi lepas itu adik beradik mereka berpindah. Seorang daripadanya ke Taiping Cikgu Jamaluddin juga telah meninggal

Mereka berpindah munkin kerana tanah semankin kecil (terlalu mahal untuk pecah bahagian) tiada pembangunan di situ.

Ramai sudah meninggal, tapi masalah di Selama masih begitu juga. Terlalu mahal untuk pecah bahagian tanah dan tiada pekerjaan/pembangunan di Selama. Mereka jual tanah mereka dan beli tanah baru yang ke ulu lagi kerana murah.