Template by:
Free Blog Templates

30 April 2012

Zambry
























Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menegaskan pemimpin dan ahli UMNO harus lebih mesra dan ketepikan protokal untuk mendekati dan menawan hati rakyat.

Kemesraan itu jugalah yang diamalkan oleh UMNO Perak yang turun begitu ramai anggota rombongan ke Johor.

Dr Zambry yang juga pengerusi badan perhubungan UMNO negeri berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra sempena lawatan kerja parlimen Gelang Patah malam tadi.

Turut hadir ketua UMNO bahagian Gelang Patah, Datuk Aziz Sapian dan pemimpin ahli UMNO tempatan.

Diantara ketua-ketua bahagian yang hadir ialah Datuk Seri Raja AHmad Zainuddin B. Raja Haji Omar (Larut), Datuk Mohamad Shaarani (Lenggong) dan Datuk Kusbari Talib (Tanjung Malim).

Ketua pemuda Negeri Perak, Khairul Azwan Harun dan Ketua wanita UMNO Perak, Datuk Rosnah Kassim juga hadir.

Dr Zambry juga mengajak ahli-ahli UMNO menjadikan sejarah di Perak selepas Barisan nasional (BN) berjaya mendapat semula kuasa pemerintahan selepas 11 bulan ditadbir oleh pembangkang.

Apa yang cuba digambarkan oleh Menteri Besar ialah ahli-ahli UMNO jangan mengalah dalam perjuangan demi bangsa, agama dan tanahair.

Mengenai Johor, Dr Zambry yakin UMNO dan BN akan terus kekal di pilihanraya umum (PRU) ke 13.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Johor dan Melaka hendaklah memilih calon mengikut kedudukan hieraki pemimpin parti dalam UMNO untuk mengelakkan perpecahan.

Tapi di Perak 13 kawasan UMNO/MIC hendaklah dipilih daripada rakyat Perak yang tersohor dan karismatik yang terdapat di Malaysia malah di luar negara. Kedudukan dalam parti tidak boleh dipakai lagi jika kita mahu transfomasi poltik berlaku di Perak.

Saya ucapkan selamat 'berperang' di Perak semasa PRU 13. Carilah macam Hang Tuah jika hendak menang. Jangan cari seperti si Ketol atau Utimutiraja.

Yang tidak terpilih menjadi calon berikan kepada mereka saham Felda Global. Tarih tutup pada 5.5.02 Saya hendak apply susahlah sedikit kerana tiada title seperti Datuk atau bintang kehormat yang lebih tinggi.

Anonymous said...

YMDS,

Kirim salam saya ke MB dan tanya beliau kenapa portal beliau tidak aktif.

Orang Uttayakumar tidak ramai keluar berdemosstrasi kerana mereka berdemostrasi melalui laman web.

Saya dapati PM kita jawab dengan cepat soalan melalui imternet, malah beliau panggil pemuda jumpa beliau, makan-makan. Mereka pula rasa bangga bila dipanggil.

Bekempinglah (camp) di Kubu Gajah dengan pemuda untuk menerangkan membetulkan tomahan pembangkang.

Sekian.