Template by:
Free Blog Templates

21 April 2012

Jalan






Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berharap banyak lagi projek menaik taraf jalan dilaksanakan di Dun Kubu Gajah sebelum akhir tahun ini.

Beliau berkata demikian selepas melawat jalan yang rosak di kampung Sungai Lempung, petang tadi.

Turut hadir ketua kampung sungai Segar, Haji Zulkifli Ahmad dan ketua UMNO cawangan sungai Lempung, Ku Ishak Bin Ku Jusoh.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menggumumkan peruntukan sebanyak rm 20,000 telah diluluskan bagi kerja-kerja baik taraf jalan di kampung sungai Lempung yang akan bermula tidak lama lagi.

Jalan tersebut merupaka perhubungan utama penduduk di sungai Lempung.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berharap perlaksanaan naik taraf jalan tersebut mengikut jadual dan speksifikasi.


2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Banyak projek kerajaan jenis menaik taraf tapi jarang2 saya dengar projek baru, seperti memanjangkan jalan yang sedia ada.

Yang keduanya ia lebih kepada pembangunan sosial tidak untuk ekonomi.

Jika kita hanya membangunkan sekator sosial cukai komoditi tidak akan bertambah jadi terpaksalah kita ambil cukai Genting Highland dan Petronas untuk memangunkan
pembangunan sosial.

Sepatutnya pembangunan sosial hendaklah seimbang dengan pembangunan ekonomi supaya kerajaan dapat mengumpul lebih banyak cukai.

Bayangkan jika tanah paya dari kampung YMDS hingga ke Sungai Krian didalamkan anak sungainya sudah tentu kawasan ini dapat membangun (pertanian) dengan pesatnya atau dijadikan estet ikan air tawar.

Anonymous said...

YMDS,

Cuba YMDS tanah kurnia Sungai Lompong banyak dijual kepada orang lain kerana mereka tiada wang untuk membina/menaik taraf jalan kekebun mereka.

Yang ada wang untuk membina jalan ke kebun ialah mereka yang kaya.

Banyak lagi tanah yang hendak dijual jika jalan ke kebun tanah kurnia ini tidak dinaik taraf. 60 ribu se ekar.

Untuk mengelakkan tanah kurnia ini dijual, kerajaan hendaklah menaik taraf jalan yang telah dibina orang kampung untuk sampai ke kebun mereka. Saya lihat pembangunan kita masih tertumpu kepada pembangunan sosial untuk tujuan politik.