Template by:
Free Blog Templates

16 April 2012

Dewan







Hasrat penduduk kampung Teras mendapat sebuah dewan besar tercapau apabila bangunan yang sedia ada akan dinaik taraf.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berkata, Kerajaan telah meluluskan sebanyak rn 50,000 untuk pembinaan kawasan berbumbung di gelanggang sepak takraw yang sedia ada hingga ke dewan orang ramai disitu.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang membuat lawatan ke situ menambah, gelanggang tersebut juga akan dinaik taraf menjadi gelanggang serbaguna dan disediakan lampu limpah.

Turut hadir ketua kampung Teras, Abdul Wahab Mat Yatam yang juga ketua UMNO cawangan.

Pemuda-pemuda di kampung teras pasti gembira kerana akan mempunyai sebuah gelanggang sukan berbumbung.

Konsep gelanggang berbumbung itu adalah yang pertama oleh Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddinyang juga seorang penggiat sukan terutama bola sepak.


1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Dekat PR13 ini saya harap YMDS perlu juga menmbuat lawatan proaktif untuk mngelakkan tumpuan YMDS lebih kepada Titi Teras. Kita ada 13 kampung.

Galakkan calon pilihan kedua bagi ADUN Kubu Gajah belajar turun padang dan latih beliau untuk menjadi pemimpin yang karismatik.

Jangan simpan beliau hingga lepas pilihanraya untuk melawat kampung yang selalu YMDS lawati supaya YMDS dapat membahagikan masa untuk lawatan prokartif di kampung yang jarang YMDS lawati. Yang selalu YMDS lawati serahkan sahaja kepada calon pilihan kedua. Mereka perlu dilatih walaupun belum tentu dipilih untuk calon ADUN Kubu Gajah.