Template by:
Free Blog Templates

16 April 2012

Sungai hakis















Jabatan parit dan saliran (JPS) diminta agar bertindak memantau tanah rebak dan tebing sungai Ijok yang semakin terhakis dan membahayakan penduduk dikawasan dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar bimbang dalam keadaan cuaca buruk dan hujan lebat sering berlaku tanah runtuh di tebing sungai Ijok.

Beliau melawat satu tebing sungai Ijok yang dimakan hakisan dekat kampung sungai Jernih, dibelakang rumah Mohamad Zain di Ulu. Ijok, tengahari tadi.

Turut hadir ketua kampung sungai Jernih, Jamaluddin Mat Isa yang juga ketua UMNO cawangan dan ketua umno cawangan Kelian Gunung, Zulkifli Hussein.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin juga menggesa JPS agar segera membelanjakan peruntukan rm38 juta yang diluluskan untuk kerja-kerja baik pulih sungai Ijok bagi mengatasi masalah berlaku kejadian tanah runtuh di Tebing Sungai berkenaan.

Peruntukan tersebut kos pengambilan tanah. Banyak rumah kediaman dibina di tanah-tanah rizab JPS.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin juga meninjau tebing sungai yang rebak dan membimbangkan di kampung teras dalam dekat kampung Masjid.

Turut hadir krtua kampung Teras, Abdul Wahab Mat Yatam.

Jambatan yang menjadi perhubungan utama disitu juga menjadi kebimbangan roboh jika tebing sungai semakin rebak.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya belum terima surat pekeliling UMNO untuk menepis tomaahan parti pembangkang terhadap UMNO.

Manakala parti2 lain sudah dimasukkan dalam peti surat saya. Siapa bagi masuk tak tahulah. Saya asyik ke kebun Yang belum masuk peti surat saya hanya surat edaran UMNO.

Saya pun malu kepada parti pembangkang kerana pegawai penerangan kita kurang berpolitik, munkin beliau hanya mementingkan kedudukannya dalam parti sahaja agaknya. Beliau sepatutnya mengumpul data untuk membalas isu pembangkang.