Template by:
Free Blog Templates

30 April 2012

UMNO















Seramai 10 orang ketua UMNO bahagian di Perak menyertai rombongan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir ke Johor hari ini.

Diantara mereka ialah ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar, ketua UMNO bahagian Tapah, Datuk Shamsuddin Abu Hassan dan ketua UMNO bahagian Batu Gajah, Datuk Yusop Kassim.

Ketua wanita UMNO Perak, Datuk Rosnah Kassim dan ketua puteri Perak serta beberapa orang ketua pemuda dan puteri bahagian juga turut sama dalam lawatan ke Johor dan Melaka itu.

Dr Zambry yang juga pengerusi badan perhubungan UMNO Perak mengadakan perjumpaan dengan pemimpin dan ahli-ahli UMNO bahagian Gelang Patah di Johor malam ini.

Turut hadir ketua UMNO bahagian Gelang Patah, Datuk Aziz Sapian dan ahli-ahli jawatankuasanya serta ketua-ketua UMNO cawangan.

Mereka juga berkesempatan bertemu dengan ketua UMNO bahagian Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zarkashi dan ketua UMNO bahagian Pontian, Datuk Hasni Mohamed di Johor.

Dr Zambry juga bertemu dengan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang juga pengerusi badan perhubungan UMNO Johor.

Dr Zambry dan rombongan berlepas ke Melaka esok pagi untuk mengunjunggi ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rostam dalam perjalanan balik ke Ipoh.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Cuba YMDS tanya kenapa UMNO kekal mengusai Johor dan Melaka.

MB kita munkin kempen untuk naik pangkat dalam pucuk pimpinan UMNO agaknya. Saya harap beliau jadi Timbalan Menteri Pendidikan kerana menteri pendidikan belum ada.

Kalau itulah tujuan beliau memang saya puji

Untuk pengetahuan YMDS tempat yang kami takutkan ditukarkan di negeri Johore ialah Pengerang, (kena lalu Singapore) kerana terlampau ulu. Terok daripada Selama. Tapi sekarang tempat ini lebih maju dari Selama.

Begitu juga jika kita berjalan arah ke Seladar di Melaka. Dulu kami takut kominis di sini (macam batu 20) Tapi sekarang orang Cina pun dapat FELDA kerana lebih maju dari kawasan ADUN Kubu Gajah.