Template by:
Free Blog Templates

12 April 2012

Rumah runtuh
















Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar tampil meredakan kesedihan dua orang penduduk sungai Jernih di Ulu Ijok yang rumah mereka musnah akibat banjir kilat malam tadi.

Dua mangsa rumah runtuh dipukul bag besar di sungai Siam itu ialah Zainab Binti Abdul Kadir, 80 tahun dan jiran beliau, Mohd Tarmizi Bin Tajuddin, 50 tahun.

Zainab yang tinggal sendirian dirumahnya yang terletak beberapa meter dari sungai Ijok, bagaimanapun bersyukur kerana semasa kejadian air bah besar sekitar 11 malam, beliau bermalam di rumah anaknya tidak jauh dari kampung tersebut.

Termizi yang juga bersyukur kerana tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku tinggal bersama abangnya.

Kejadian yang memusnahkan kedua-dua buah rumah yang agak uzur itu, kebetulan berlaku gempa bumi kuat di Aceh dan amaran mengenai kemungkinan berlakunya tsunami.

Kejadian seumpama itu adalah pertama kali berlaku di Ijok dalam mana-mana banjir kilat setakat ini.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin memberitahi Zainab dan Termizi beliau telah mendapatkan bantuan daripada yayasan bina upaya (YBU) Perak.

Adun Kubu Gajah itu sendiri menghubungi ketua eksekutif YBU, Datuk Zainal Omar untuk mendapatkan dua buah rumah baru bagi mangsa berkenaan.

Beliau akan menghantar pegawai YBU seberapa segera untuk mendapatkan maklumat.

Turut hadir ketua kampung sungai Jernih, Jamaluddin Mat Isa yang juga ketua UMNO cawangan.

3 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Kalau bina rumah YBU elakkan dibina di tepi sungai. Orang Melayu selalunya amat sentimental, tempat jatuh lagi dikenang.

Inilah salah satu sebab kenapa tanah kampung tersusun tidak dibina dengan rumah.

Sepatutnya tanah tersebut dipindah milik kepada mereka yang mahu berpindah untuk menjadikan rakyat kawasan ADUN Kubu Gajah tidak tamak. Kubu Gajah dan Redang Panjang pun akan menjadi pekan baru. Begitu juga Pondok Tanjung.

anwar hamdan said...

tahniah dato atas keperihatinan dato terhadap mangsa yang juga merupakan nenek kepada saya.....saya berharap agar semua wakil rakyat seperti dato dapat memberi komitmen yang terbaik and sepantas mungkin demi menjaga hak rakyat.......terima kasih dato...

faieza hamdan said...

terima kasih atas keperihatinan dato trhadap mangsa yg juga nenek saya...