Template by:
Free Blog Templates

11 April 2012

Masyarakat India












Satu projek perkampungan tersusun bagi membantu masyarakat india yang tidak memiliki tapak rumah sedang dirancang.

Satu tapak berdekatan sebuah ladang dalam dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah telah dikenalpasti untuk tujuan tersebut.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap di majlis bersama masyarakat india di Redang Panjang, petang tadi.

Justeru, masyarakat india jangan mudah terpedaya dengan pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab mengelirukan mereka, kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa membela nasib mereka.

Turut hadir pengerusi program, V. Murugayan, penceramah dari jasa, Sri Murugan, penceramah yayasan Bina Upaya (YBU) Perak, M.saravanan dan ketua kampung Redang panjang, Zainuddin Hamid yang diadakan di deean serbaguna majlis daerah di Redang Panjang.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin memberi amaran bahawa negara tidak akan stabil jika isu perkauman terus dimainkan.

Justeru,beliau mengajak semua kaum tidak kira mereka beragama apa sekali agar sentiasa mengutamakan perpaduan kerana ia merupakan benteng kesejahteraan dan keamanan rakyat dan negara.

Di majlis itu juga, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin mengadakan dialog dengan masyarakat india untuk mendengar masalah mereka.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Orang India kalau dikumpulkan semuanya di satu tempat mereka akan naik tocang, sama seperti di Kampung Medan.

Kalau kampung tersusun bagi mereka diletakkan di Sungai Malau Estate barulah mereka sedar diri kerana dikelilingi masyarakat banjar yang, tak boleh main2 seperti di Kampung Medan, KL

Kalau YMDS pergi ke Pontianak semua etnik lain takut mengusik kaum banjar, maupun kaum Dayak atau Madura. Orang Madura tak berani kacau orang Banjar kerana mereka berpegang kepada, DAKAT KU SUDUK JAUH KU TIMBAK. Orang India tentu takut orang begini. Kalau macam orang kita ni mereka tidak akan takut.

Saya bukan perkauman tapi saya nampak ramai lawyer mereka ACT (berlagak) sedikit terutama sekali di Brickfields