Template by:
Free Blog Templates

20 April 2012

Pertanian























Projek pemulihan tanah terbiar diperluaskan kerana ia mampu menambah pendapatan petani sebanyak rm 1,000 sebulan atau lebih.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap dimajlis penyerahan benih kelapa pandan kepada penduduk-penduduk kampung Sungai Segar di Ijok, petang tadi.

Turut hadir pegawai pertanian daerah Larut Matang dan Selama, Zulkifly Yakub dan ketua kampung sungai Segar, Haji Zulkifli Ahmad.

Projek pemulihan tanah terbiar seluas lebih 34 ekar yang ditanam dengan pisang dua tahun lalu mengeluarkan hasil rm 82,170.

Jumlah peruntukan yang disediakan bagi projek tersebut yang pertama di kampung Segar ialah rn 200,000 dan membabitkan 13 orang peserta.

Bagi program kelapa pandan pula seramai 30 orang peserta yang dikenalpasti melibatkan kawasan seluas lima ekar dan 1,000 pokok.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menggesa jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) agar mengenalpasti tanah-tanah terbiar yang boleh dimajukan dengan pertanian.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya tanam kelapa pandan tapi habis dimakan kera umbutnya.

Nampaknya hanya ladang besar sahaja yang berjaya tapi petani minoriti tidak akan bejaya.

Ladang besar berjaya kerana kera tidak mampu menghabiskan semua pisang yang ditanam. Tapi kalau seekar tanah atau lebih macam tanah YMDS sememangnya menjadi ulam kepada kera. Kalau YMDS tidak percaya cuba tanam pisang di situ.

Bila YMDS hendak bina parit di kawasan yang berpaya untuk memajukan kawasan tersebut dan mengelakkan ular sawa melawat rumah YMDS.