Template by:
Free Blog Templates

29 April 2012

Bola sepak








Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berharap ramai lagi bakat baru dapat dicungkil melalui pertandingan bola sepak di kampung, Mukim dan daerah.

Bekas naib presiden persatuan bola sepak malaysia (FAM) itu berkata adalah salah jika ada mana-mana pihak atau individu menyifatkan pertandingan bolasepak peringkat kampung, Mukim dan Daerah itu sebagai tidak ada kualiti dan bermutu.

Beliau menggesa persatuan bola sepak negeri mengadakan pertandingan peringkat Mukim dan daerah kerana terdapat ramai bakat baru yang berpotensi.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menegaskan ramai bintang dunia yang digilap hasil pendedahan yang dibuat hingga ke peringkat akar umbi.

Sebanyak 30 lebih pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan sembilan sebelah itu.

Pertandingan merebut piala Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin itu dilangsungkan di dua padang, Bagan Baharu dan Kubu Gajah.

Hujan lebat yang turun tidak menhalang pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Kalau nak latihan banyak 'round-robin' yang baik. Kalau untuk menjimatkan kewangan 'pukul mati' yang baik.

Mereka yang terbaik hendaklah diketengahkan. Bukan saja dalam bidang permainan tapi YMDS hendaklah juga ketengahkan bagi semua bidang hingga ke peringkat atas/tinggi (negeri/Federal) tasuklah bersilat, bernyanyi dll.