Template by:
Free Blog Templates

4 April 2012

Sidang DUN

Sidang dewan undangan negeri (DUN) Perak menarik perhatian dan berlaku pertikaman lidah berhubung isu pembukaan kilang besi di Teluk Rubiah.

Hanya tiga soalan lisan sempat dijawab oleh kerana banyak masa habis kepada soal kilang besi tersebut.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar turut mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih Titah ucapan Pemangku Raja Perak merasmikan pembukaan sidang dewan kelmarin.

Beliau yang sebelum itu mempertikai hujah Adun Psir Panjang, Menyentuh beberapa isu termasuk plancongan.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menggesa agensi pelancongan negeri turun ke bawah melihat kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dimajukan.

Sektor perlancongan jika dimajukan mampu menjana ekonomi penduduk luarbandar memperolehi pendapatan tambahan.

Dewan bersidang lagi besok dan bersambung perbahasan Titah Tuanku

5 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya lebih suka mendengar halatuju pembangunan negeri Perak dibahaskan daripada bertikamlidah tanpa faedah.

Begitu juga antara PAS dengan UMNO di DUN Kubu Gajah.

Kalau YMDS ke Amerika calon hanya 'berdebat' tentang apa yang mereka hendak buat jika terpilih.

Mereka tak cakap busuk tentang calon.

Saya hanya mahu hadir di majlis perhimpunan yang mereka dapat menerangkan halatuju pembangunan di tempat calon yang akan bertanding.

Misalnya apa YMDS boleh buat untuk Tebing Tinggi (tempat calon bersekolah) dan semua kawasan ADUN Kubu Gajah jika menang kelak.

Begitu juga PAS mesti beritahu kami apa calon boleh buat untuk Sungai Bayor (tempat calon
bersekolah) dan di kawasan ADUN Kubu Gajah

Bila Melayu kata busuk tentang Melayu, yang lainnya akan ketawa terbahak2. Adakah kita memperjuangkan Melayu dan Islam yang membusuk2kan sesama mereka? Fikir2lah sendiri.

Anonymous said...

YMDS,

Cuba YMDS tanya dewan, anomali tentang pindah milik tanah di mana cukai setem hanya empat ringgit tapi penaltinya $100.00 disebabkan lewat menghantarkan pendaftaran.

Keuntungan lebih daripada 20 kali ganda, lebih daripada ALONG.

Kalau kerajaan PERAK nak kutip penalti sebagai cukai ada lebih baik negeri Perak mejukan tanah terbiar.

Denda yang diberikan melebihi berlipat2 ganda banyaknya.

Kalau kita batalkan permohonan tersebut dengan membuat permohonan baru sudah tentu hanya lima rinngit yang perlu dibayar bagi tiap2 satu tanda tangan untuk keperluan saksi. Tapi di negeri PKR, Selangor perkara tersebut adalah percuma. PKR lebih miskin tapi duit saksi PERCUMA pula.

Saya syorkan hanya 1% denda dijatuhkan bagi nilai pindah milik yang nilainya rendah tapi tidak melebihi 50 ringgit.

Kalau kita denda rakyat didahulukan (untuk didenda) sudah tentu ramai yang tidak setuju.

Slogan rakyat didahulukan mana dia?

Lagi satu saya pernah buat salah dengan polis tapi mereka dengar aduan saya dan tidak mendenda saya.

Tapi di Selama mereka tak mahu dengar langsung dengar cakap saya (undang2 tetap undang2) hingga saya menjerit tapi kena juga 50 ringgit.

Baya syorkan bagi mereka yang di Tanjong Malim eloklah ke Kuala Kubu Bahru kerana tidak perlu bayar duit saksi ADOnya pun baik2 belaka hingga mahu datang ke rumah OKU/warga emas untuk mendapatkan tanda tangan pindah milik.

Kalau YMDS tak percaya cuba YMDS pergi ke Kuala Kubu Bahru. ADOnya baik2 belaka. SYABAS, rakyat didahulukan di Kuala Kubu Bahru, Tahniah

Terima kasih

Anonymous said...

YMDS,

Perak hendak membina 10 kolej komuniti.

MB kita lulus dari US.

Adakah beliau tahu konsep komuniti kelej di US di bina di kawasan di mana rakyatnya tidak dapat memasuki universiti main stream.

Sepatutnya ia dibina di luar bandar seperti di Kubu Gajah atau pun Sunagi Bayor atau Briah, bukannya di bandar2 seperti Ipoh, Taiping, Telok Anson dan di bandar2 lain kerana orang bandar sudah pun ramai ke universiti. Modulnya lebih kepada universiti industri, bukan akademik. Orang kampung lemah akademik tapi boleh tahan dengan handson profesional. Tujuanya ialah saling melengkapi.

Nampaknya pekan Ijok dan Kubu Gajah tidak tersenarai. Yang hanya tersenarai ialah pekan FELDA. Itu pun duit dari FELDA kata PM.

Nampaknya habislah tempat YMDS, tidak ada pembangunan seperti Manjung. Briah juga ketinggalan. Amin.

Anonymous said...

YMDS,

Saya masih kurang selesa kerana Dewan asyik berperang dengan YB Nizar.

Ada lebih baik YMDS berperang untuk membangunkan kawasan ADUN Kubu Gajah. Misalnya tiap2 daerah atau kawasan ADUN, sama ada ada universiti, polititeknik atau kolej komuniti atau pun institusi latihan badan kerajaan dibangunkan untuk merancakkan pembangunan.

Jika YMDS buat demikian kami akan bekerja keras di belakang YMDS.

Tapi asyik berpolitik kami larilah ke Ipoh, Taiping atau KL. Tinggalkan kawasan ADUN Kubu Gajah.

Anonymous said...

YMDS,

Saya bukan pakar ekonomi. Tapi kalau kawasan industri diletakkan dekat pelabuhan seperti di Bagan Datuk (dekat pelabuhan Kelang) dan Krian atau Selama (dekat pelabuhan Pulau Pinang) sudah tentu FDI bertambah.

Datuk Hamidah kurang pandai memilih tempat strategi sebab itu FDI tidak rancak untuk menjawab tuduhan di dewan semalam.

'Pelabuhan darat' (dry port) macam Ipoh takkan menjadi kawasan disukai untuk FDI. Ketepikan pemgangunan untuk kepentingan peribadi tapi ia mesti dibina di tempat strategi.