Template by:
Free Blog Templates

3 April 2012

Peladang







Pengerusi pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau,Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar menyarankan agar tanah-tanah rizab milik agensi kerajaan yang tidak diguna pakai disewakan kepada ahli-ahli peladang untuk bercucuk tanam.

Daripada terbiar dan sakit mata memandang, apa salahnya tanah-tanah itu dibenar digunakan oleh peladang yang boleh mendatangkan pendapatan tambahan.

Jika ia diusahakan oleh peladang, agensi berkenaan tidak perlu memikirkan soal pengerusan tanah dan cara itu juga menggalakkan tanah-tanah terbiar dimaju dan dibangunkan dan secara tidak langsung menarik minat penduduk bercucuk tanam.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat agung unut peladang kawasan Ulu Sepetang dekat Batu Kurau, petang tadi.

Sebagai contoh bersebelahan tapak masjid Ulu Sepetang ada tanah milik PDRM,terbiar dan unit peladang berhasrat menjalankan aktiviti pertanian untuk ahli-ahlinya.

Mengenai tanah-tanah terbiar milik individu, beliau telah meminta unit-unit peladang dibawah PPK Batu Kurau dapat mengumpul maklumat kerana PPK berhasrat memajukannya secara komersial.

Di mesyuarat agung tersebut, beliau terpilih semula sebagai pengerusi tanpa bertanding.

3 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Bila YMDS hendak membina parit di tanah rizab kerajaan yang berpaya2 supaya tanah tersebut boleh diusahakan.

Di kampung YMDS sahaja tanah berpaya amat luas hingga ke Sungai Krian daripada belakang rumah YMDS.

YMDS perlu proaktif. Jangan tahaja tunggu jemputan sahaja (reaktif). Lihat peta tanah tentang kedudukan tanah rizab yang boleh dibina parit saliran.

Anonymous said...

YMDS,

Boleh tidak tanah persendirian yang terbiar dijadikan proxy kerajaan. Keuntungannya dijadikan saham koperasi. Jika dilelong janganlah lelong ke publik. Ia hendaklah dilelong kepada kerajaan sahaja atau persatuan/koperasi seperti persatuan peladang, RISDA dll.

Anonymous said...

YMDS,

Di kampung YMDS banyak tanah terbiar dan hasilnya tidak dibayar berpuluh2 tahun.

Saya harap YMDS mengenalpasti tanah tersebut yang terletak di kawasan Kubu Gajah dan Ijok.

Kerajaan hendaklah mengambilalih tanah tersebut untuk pembinaan bandar Kubu Gajah dan Ijok.