Template by:
Free Blog Templates

25 May 2014

Buku


Terharu apabila baginda Tuanku Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perkenan menerima naskah buku Bola Sepak Pro & Kontra tulisan Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zaiuddin bin Raja Haji Omar.

Majlis ringkas itu berlangsung sebelum Kongres FAM ke 50 pagi tadi.

Baginda yang juga Presiden Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) memuji usaha Raja Ahmad Zainuddin yang juga bekas naib Presiden Fam itu dan menjadi contoh kepada program dan masa depan bola sepak.

Buku setebal lebih 450 muka surat itu turut disembahkan kepada KDYTM Tengku Abdullah yang juga Tengku Mahkota Pahang selaku Timbalan Presiden FAM.







Buku itu turut juga diedarkan kepada para perwakilan kongres yang kebanyakan tulisan mengenai bola sepak dan pengalaman lebih 20 tahun.

Diharap buku itu akan menjadi rujukan dan panduan demi membangun dan memajukan bola sepak tanahair.

21 May 2014

Peladang

Pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau merancang memasarkan hasil produk ahli-ahlinya hingga ke pasaran luar negara.









Amat rugi jika segala pengorbanan dan titik peluh peladang selama ini berusaha menghasil produk mereka, tetapi tidak ke mana-mana.

Demikian jelas pengerusinya, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua unit peladang kawasan.

Katanya, PPK akan meminta kerjasama FAMA dan jabatan pertanian dalam menjayakan hasrat tersebut.












Terdahulu selepas merasmikan mesyuarat khas lembaga PPK, beliau menambah PPK juga merancang membuka kedai hard ware.

20 May 2014

Jurulatih

Saya tidak menyangka boleh terserempak dengan bekas jurulatih perak, Karl Heinz Weigang di Ipoh pagi tadi.

Semuanya itu hanya kebetulan bekas pengurus Perak, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar singgah minum di sebuah restoran di Ipoh.

Turut bersama jurulatih berbangsa Jerman itu ialah jurulatih Perak, Abu Bakar Fadzim dan bekas penjaga gol Perlis, Ahmad Suhaimi.

Weigang adalah bekas jurulatih Perak bersama Dr Raja Ahmad Zainuddin menang piala Malaysia sebanyak dua kali iaitu pada 1998 dan 2000.







Perak juga menjulang piala Sumbangsih Sultan Haji Ahmad Shah 1991 dan kasut emas penjaring terbanyak laszlo Repasi.

Beliau kini dilantik pengarah teknikal persatuan bola sepak amator Perak (PAFA).

Pasukan Perak kini berada di tangga tercorot liga super dan sedang berhempas pulas untuk menggelak jatuh ke liga perdana.

Walaupun, pertemuan singkat dengan boss lamanya itu, tetapi bagi Weigang ia penuh bermakna.

Jasa bekas pengurus Perak bagi Weigang terhadap bola sepak amat besar.

Bakar dan Suhaimi turut gembira kerana dapat bertemu bekas pengurus mereka itu.

Untuk rekod kejayaan Perak semasa Dr Raja Ahmad Zainuddin pengurus ialah piala FA 1990, piala fair play dan naib juara liga divisyen dua 1989, piala Malaysia 1998, piala sumbangsih 1999, piala malaysia 2000, juara piala bapa Malaysia 1987 dan pasukan terbaik sempena pemilihan olahragawan dan olahragawati Perak 1991.

19 May 2014

Bangunan

Pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau memperuntukkan rm 200,000 bagi membina bangunan tambahan.

Bangunan tambahan itu penting bagi mengadakan avtiviti mereka.





Banyak program terpaksa diadakan di luar kerana ruang yang agak sempit.

Demikian dinyatakan pengerusinya, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar selepas mempengerusikan mesyuarat lembaga pengarah PPK di Batu Kurau.

Sejak akhir-akhir ini, PPK sering menganjurkan kursus bagi ahli-ahlinya dan kehadiran amat menggalakkan hingga 200 orang.





PPK akan menganjurkan satu program mempromosi hasil usaha peladang nita termasuk buah hulu tidak lama lagi.

PPK berhasrat menembusi pasaran antarabangsa melalui produk yang dihasil mereka.

15 May 2014

Kursus

Peladang diseru agar tidak cepat mengalah jika gagal, sebaliknya meningkatkan azam untuk terus berjaya.

Dalam sektor pertanian peladang menainkan peranan penting.







Demikian tegas pengetusi pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika merasmikan kursus asas pertanian.




Seramai 200 orang ahli peladang termasuk wanita hadir di kursus sehari di pusat tahfiz Batu 14, Batu Kurau.







Untuk tempoh jangka panjang, negara tidak boleh terlalu bergantung kepada impot semat-mata.

Beliau menyeru masyarakat meningkatkan usaha pertanian di tanah lapang masing-masing.

2 May 2014

MB

Menteri besar Perak, Datuk Seri Dr Zambri Abdul Kadir hari ini merasmikan majlis pecah tanah projek kilang minyak sawit pertubuhan peladang negeri (PPN) di Beruas dengan ingatan pentingnya amanah dan tanggungjawab.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pengurusan yang cekap dan berkemahiran adalah penting bagi menjamin pengurusan yang serba berkebolehan.

 
Beliau memuji kebetanian PPN membuka kilang yang melibatkan kos RM 40 juta.
 









 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pengerusi lembaga pengatah PPN, Haji Zaki Din berharap semua pihak memberi kerjasama kepada kilang tetsebut.

Satu majlis MOU pinjaman RM 15 juta antata PPN dengan AGRO bank turut diadakan.

1 May 2014

Wanita

Ketua umno cawangan Tebing Tinggi, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar menyampaikan hadiah pertandingan memancing anjuran wanita UMNO cawamgan.

















Turut hadir ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Hasbullah Elias dan ketua kampung, Nor Azemi Sabran.