Template by:
Free Blog Templates

20 May 2014

Jurulatih

Saya tidak menyangka boleh terserempak dengan bekas jurulatih perak, Karl Heinz Weigang di Ipoh pagi tadi.

Semuanya itu hanya kebetulan bekas pengurus Perak, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar singgah minum di sebuah restoran di Ipoh.

Turut bersama jurulatih berbangsa Jerman itu ialah jurulatih Perak, Abu Bakar Fadzim dan bekas penjaga gol Perlis, Ahmad Suhaimi.

Weigang adalah bekas jurulatih Perak bersama Dr Raja Ahmad Zainuddin menang piala Malaysia sebanyak dua kali iaitu pada 1998 dan 2000.







Perak juga menjulang piala Sumbangsih Sultan Haji Ahmad Shah 1991 dan kasut emas penjaring terbanyak laszlo Repasi.

Beliau kini dilantik pengarah teknikal persatuan bola sepak amator Perak (PAFA).

Pasukan Perak kini berada di tangga tercorot liga super dan sedang berhempas pulas untuk menggelak jatuh ke liga perdana.

Walaupun, pertemuan singkat dengan boss lamanya itu, tetapi bagi Weigang ia penuh bermakna.

Jasa bekas pengurus Perak bagi Weigang terhadap bola sepak amat besar.

Bakar dan Suhaimi turut gembira kerana dapat bertemu bekas pengurus mereka itu.

Untuk rekod kejayaan Perak semasa Dr Raja Ahmad Zainuddin pengurus ialah piala FA 1990, piala fair play dan naib juara liga divisyen dua 1989, piala Malaysia 1998, piala sumbangsih 1999, piala malaysia 2000, juara piala bapa Malaysia 1987 dan pasukan terbaik sempena pemilihan olahragawan dan olahragawati Perak 1991.

0 comments: