Template by:
Free Blog Templates

14 May 2011

Wanita











Ahli-Ahli UMNO diingatkan agar tidak mengamalkan Budaya menikam ahli yang lain dari belakang hanya kerana mereka mempunyai aenda politik tersendiri.

Budaya ini jika dibiarkan bukan sahaja memburukan keadaan, tetapi menjadikan Parti lemah dan membuka laluan mudah kepada lawan.

Seperti kata perpatah janganlah hanya kerana guruh di langit, air di tempayan di curahkan, sedangkan belum tentu lagi hujan akan turun.

Jika budaya benci membenci diamalkan, sukar bagi UMNO untuk menumpukan perhatian menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang.

Saya berkata demikian selaku Ketua UMNO Bahagian Larut semasa berucap meresmikan Mesyuarat Agung Wanaita UMNO Bahagian di Dewan Majlis Daerah Selama (MDS) di Taman Merdeka, pagi tadi.

Perpaduan amat penting dalam UMNO ketika ini, tetapi janganlah ada mana-mana ahli yang mempunyai kepentingan diri, mengambil kesempatan untuk menimbulkan perpecahan.

Saya juga amat menghargai peranan dan keahlian begitu ramai Wanita dalam Parti menjadikan bilangan ahlinya semakin bertambah.

Justeru, diharap janganlah ada mana-mana ahli dalam UMNO itu sendiri melihat peranan wanita tidak penting, sedangkan selama ini wanitalah yang paling ramai menghadiri kebanyakan mesyuarat cawangan.

Buat pertama kalinya perakilan wanita di sidang hari ini dihadiri lebih 530 orang. Turut hadir ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian, Sawipah Yahya, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mohd Daud Yusof, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Annuar Ariffin, yang juga Naib Ketua Pemudfa UMNO Negeri dan Bendahari UMNO Bahagian, Datuk Najmuddin Haji Elias.

Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Lenggong menjadi wakil Perhubungan Pergerakan Wanita UMNO Negeri ke persidangan tersebut.

0 comments: