Template by:
Free Blog Templates

17 May 2011

Hishamuddin



















Jawatan dan Pangkat tidak memberi makna jika UMNO dan BarisanNasinal (BN) kalah dalam Piihanraya, Kata Naib Presiden, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, tengahari tadi.

Justeru, setiap ahli Parti tidak kira peringkat mana harus mempastikan perpaduan sentiasa wujud bagi menjamin kemenangan dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 nanti.

Datuk Seri HIshamuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika berucap meresmikan Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Larut di Dewan Majlis Daerah Selama di Taman Merdeka.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamzah Mohd Kassim yang juga wakil Perhubungan UMNO Negeri, Timbalan Menteri Perladangan, Datuk Hamzah Zainuddin yang juga Ahli Parlimen Larut, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mohd Daud Mohd Yusof, Naib Ketua UMNO Bahagian, Fauzi Kassim, Ketua Pemuda Annuar Ariffin, Ketua Wanita UMNO, Sawipah Yahya dan Ketua Puteri, Azariah Budin.

Beliau berbangga kerana UMNO Bahagian Larut merupakan satu-satunya Parlimen di Perak yang menyapu berseih kesemua empat kerus yang ditandinggi dan berharap rekod terebut dapat dikekalkan dalam PRU yang akan datang.

Mengenai Perpauan dalam UMNO Bahagian Larut, beliau tidak nampak sebarang masalah dan akana memaklumannya kepada Presiden Parti mengenai kepimpinan yang begitu baik dibawah kepimpinan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin.

Mengenai pemilihan olok-olok menjelang pemilihan parti yang akan datang, ianya telah mula dilakukan di Bahagian beliau sendiri dan berharap dapat juga diadakan di Bahagian-Bahagian yang lain.

Pemilihan yang akan datang berbeza dengan amalan sekarang, kerana kesemua perwakilan yang dipilih di mesyuarat Bahagian mempunya hak untuk membuang undi bagi menentukan barisan kepimpnan di peringkat pusat.

Terdahulu dalam ucapan alu-aluian Saya telah ameminta agar Menteri Dalam Negeri bertindak tanpa bertolak ansur keatas mana-mana pihak yang cuba menggangu-gugat Agama suci Islam sebagai agama Resmi Negara dan Persekutuan.

Mereka yang cuba memperlekehkan agama Islam harus dikenakan tindakan termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Seramai 538 orang pewakilan daripada seramai 609 orang hadir di mesyuarat tersebut yang berakhir hampir jam 6 petang.

0 comments: