Template by:
Free Blog Templates

9 April 2011

Rukun Tetangga









Masyarakat diingatkan penubuhan sesabuah Persatuan di sesabuah kawasan Perumahan itu bukan bertujuan untuk sebarang perebutan jawatan.

Jika sikapa itu berlaku ia akan hanya mencetus perpecahan di kalangan masyarakat sedangkan penubuhan mana-mana bertujuan memupuk semangat perpaduan.

Saya berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Kamunting Perdana, pagi tadi.

Turut hadir ialah Pegawai Perpaduan Daerah Larut, Matang dan Selama, Meor Azman bin Meor Harun, Ketua Polis Daerah, ACP Yusof Mat Diah dan Pengerusi KRT Taman Kamunting Perdana, Anwar bin Ahmad.

Sambil mengucapkan tahniah diatas initiatif penduduk Taman tersebut adalah diharapkan KRT berkenaan akan mencetus rasa kesedaran penduduk mengenai tanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan taman mereka.

Sikap sivik ini harus dipupuk dari awal jika tidak sukar bagi mana-mana Taman Perumahan untuk mengadakan program bersama dan memupuk kemeseraan.

Saya juga berharap setiap KRT yang ditubuhkan itu dapat bernaung dibawah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) bagi tujuan penyelarasan.

Oleh kerana JKKK adalah agen yang dilantik Kerajaan di setiap Kampung adalah baiknya KRT menjalankan program mereka dibawah khidmat nasihat JKKK.

Selain KRT Taman Kamunting Perdana, sebelum ini KRT sudahpun ditubuhkan di Taman Lela dan Kota Wira yang hanya bersebelahan.

Setiap KRT diperuntukan sebanyak RM 4,800 setahun mulai tahun ini bagi membantu mengadakan aktiviti mereka.

0 comments: