21 April 2011
Bahasa
Pelajar-Pelajar Melayu tidak harus memilikki perasaan terlalu yakin boleh lulus dan mencapai keputusan terbaik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu hanya kerana ia adalah bahasa mereka sendiri.
Sebaliknya sikap merendehkan diri itu lebih baik sepertimana resminya Padi semakin tunduk semakin berisi.
Kerana terlalu yakin jugalah bukan sahaja Pelajar Melayu tidak mencapai keputusan cemerlang, malah ada yang tidak lulus dalam mata pelajaran tersebut kerana sikap yang terlalu yakin.
Saya berkata demikian di majlis perasmian pertandiangan bercerita dalam Bahasa Melayu Pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan peringkat Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) yang berlangsung di Sekolah Rendah Kebangsaan Bagan Baharu, tenghari tadi.
Pendekatan dan teknik mengajar terbaik bagi pelajar mengahdapi peperiksaan haruslah juga dimilikki oleh Guru-Guru dalam membantu Pelajar menghadapi peperiksaan.
Masalah pelajar gementar dan tidak memilikki keyakinan diri juga merupakan salah satu faktor mereka menghadapi kegagalan dalam peperiksaan.
Sokongan dan kerjasama daripada Ibubapa juga penting dalam membantu meningkatkan mutu pelajaran anak-anak mereka.
Pelajar-Pelajar yang mewakili enam Zon dalam Daerah LMS mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.
Dalam pertandingan tersebut bagi keputusan tahap satu, pelajar Nurul Iman binti Mohamed Ibrahim dari Zon Taiping muncul johan manakala pemenang kedua iaah Yuveraj Pilai anak lelaki Kalidasan dari Zon Selama dan ketiga Nuraina Syazwina binti Zainuddin dari Zon Kamunting.
Keputusan bagi tahap 1, pertama dimenanggi oleh Nur Atikah binti Ahmad Shobhee dari Zon Kamunting, kedua Siti Nisrin binti Ahmad Muhaadzir dari Zon Batu Kurau dan ketiga Intan Nur Izzati binti Alias dari Zon Terong.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
YMDS,
Bagi mereka yang tidak tahu menahu tentang latar belakang calon pilihan raya, pengundi2 biasanya hanya bersandarkan kepada mereka yang pendai bersyarah/berpidato.
UMNO perlu mengadakam peraduan syarahan untuk mencari pemimpin yang karismatik antara cawangan2 di LMS dan kemudian jadikan mereka salah seorang pensyarah dalam pilihanraya ke 13.
Berikanlah bayaran antara 100 ke 200 ringgit sejam (bayaran standard bagi pensyarah) untuk bersyarah supaya mereka lebih minat untuk berpidato.
Isi syarahan termasuklah mematikan tuduhan pembangkang, isu semasa dan kemajuan kerajaan BN. Janganlah cakap kosong macam jual ubat sahaja.
Terima kasih
YMDS,
Cara YMDS bersyarah kadan2 macam 'Gadaffi' nahaja.
Boleh tidak YMDS lihat bagaimana President Amerika bersyarah. Tiap2 sebiji perkataan ditekankan, dihalusi dan tidak macam marah. Kalau boleh sentimentallah sedikit.
Pengundi perempuan lebih suka mereka yang bersyarah dengan senyuman yang bermagnet. Kalau muka marah sahaja mereka terus bersembang tentang MLM. Itulah yang saya selalu lihat bila ada ceramah UMNO.
Sekian.
Post a Comment